Sememangnya hari sukan merupakan antara acara yang sangat dinantikan oleh para pelajar di sekolah pada saban tahun.

Mana tidaknya, pada ketika itulah mereka boleh beradu tenaga untuk membuktikan keupayaan untuk menjuarai acara yang dipertandingkan, selain untuk memenangi pertandingan menghiasi khemah rumah sukan masing-masing.

Sebuah sekolah berasrama penuh di Ipoh, Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman (STAR) baru-baru ini mengagumkan netizen dengan semangat yang ditunjukkan ketika menghiasi khemah rumah sukan masing-masing.

Pendidik Majalah|Twitter

Seperti yang dikongsikan oleh @pendidikmajalah di Twitter, pelajar di sekolah ini menghias khemah dengan binaan dan dekorasi yang mengikut warna tema rumah sukan. Kedengaran pasti sama dengan hiasan khemah di sekolah lain, namun lihatlah hasilnya :

Pendidik Majalah|Twitter

Pendidik Majalah|Twitter

Pendidik Majalah|Twitter

Pendidik Majalah|Twitter

Secara keseluruhannya, khemah rumah sukan di STAR mempunyai 6 warna tema dan setiap rumah diinspirasi dan bertemakan kepelbagaian kebudayaan di seluruh dunia. Ternyata ia merupakan pertandingan yang agak sengit. Masing-masing sungguh kreatif dalam menghiasi khemah rumah sukan mereka.

Seorang pengguna di Twitter yang membalas tweet berkenaan menjelaskan bahawa kesemua rumah sukan di sekolah terbabit dibahagikan kepada dua hemisfera iaitu ; Utara dan Selatan.

Pendidik Majalah|Twitter

Untuk hemisfera Utara, warna temanya adalah hijau, biru dan hitam. Manakala hemisfera Selatan menggunakan warna tema merah, putih dan kuning. Gambar yang disertakan di bawah ini merupakan pemenang khemah terbaik pada tahun 2012 : White Vigour.

Kebanyakan pengguna di Twitter terkesima dengan kreativiti dan usaha pelajar yang menghiasi khemah rumah sukan, sehingga ada yang sayang pula mahu robohkan nanti…

Pendidik Majalah|Twitter

Pendidik Majalah|Twitter

Tidak terkecuali ada di antara mereka yang teringat kembali kenangan semasa hari sukan di sekolah dahulu yang sangat ringkas. Semua sibuk dengan sukan sahaja..

Pendidik Majalah|Twitter

Pendidik Majalah|Twitter

Apa-apa pun semangat kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka harus dipuji. Hal ini kerana, menghiasi khemah sebegini bukanlah satu tugasan yang mudah dan pasti ia memakan masa yang agak lama. Syabas buat mereka semua!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular