Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Pennsylvania State University menyarankan bahawa kurang tidur selama 4 hari mampu menukarkan cara simpanan lemak di dalam tubuh lalu meningkatkan risiko obesiti.

Gambar Hiasan | i yunmai – Unsplash

Menurut para penyelidik, peserta yang diberikan makanan berkalori tinggi dengan waktu tidur yang kurang, merasa kurang berpuas hati dan tidak cukup berbanding dengan memakan makanan yang sama dengan waktu tidur yang mencukupi.

Mereka mendapati bahawa memakan makanan yang berkalori tinggi selepas kurang tidur membawa kepada tahap insulin dalam badan yang tinggi selain pelepasan lipid atau lemak daripada makanan dengan lebih cepat.

Lemak ini akan disimpan di dalam badan lalu membawa kepada kenaikan berat badan. Pasukan penyelidik menjelaskan bahawa penemuan tersebut menambahkan lagi bukti terhadap kesan buruk kurang tidur sambil menekankan agar para doktor perlu mendidik pesakit untuk membina kitaran tidur yang sihat.

Mengikut saranan The National Sleep Foundation, seorang dewasa perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 7-9 jam waktu tidur pada setiap malam. Walau bagaimanapun, satu kajian yang dijalankan oleh Centers for Disease Control and Prevention pada tahun 2015 mendapati bahawa kira-kira 50% orang dewasa di Amerika Syarikat tidak cukup tidur.

Gambar Hiasan | Ehimetalor Unuabona – Unsplash

Kurang tidur telah menunjukkan kenaikan terhadap risiko obesiti, diabetes, penyakit berkaitan hati, bahkan barah namun penyelidik tidak begitu tahu secara lebih mendalam akan mekanisme yang menyebabkan keadaan ini berlaku.

Kajian terbaru ini melibatkan seramai 15 orang dewasa lelaki yang sihat berumur sekitar 20-an, dan kajian ini juga telah diterbitkan pada Jurnal Kajian Lipid. Pada minggu pertama, kesemua peserta mendapat waktu tidur selama 10 jam di rumah, kemudian perlu bermalam selama 10 hari di Pusat Kajian Klinikal, Pennsylvania.

Untuk setiap hari di makmal, kesemua mereka telah diberi makan malam yang tinggi lemak dan padat-kalori iaitu pasta dan cili. Mereka kemudian diminta untuk tidur tidak lebih daripada 5 jam selama 4 hari berturut-turut.

Pengkaji kemudiannya mengambil sampel darah daripada peserta dan mendapati bahawa kekurangan tidur telah menyebabkan tahap insulin tinggi, di mana hormon diperlukan untuk mendapatkan glukosa daripada salur ke sel darah.

Gambar Hiasan | rawpixel.com Pexels

Keadaan ini menyebabkan tubuh mengambil lemak daripada makanan dengan lebih pantas. Lipid dan lemak ini akan segera disimpan dan mengakibatkan kenaikan berat badan. “Jika keadaan ini berlangsung dalam jangka masa yang panjang, ia mampu meningkatkan risiko obesiti, diabetes dan penyakit metabolik yang lain”,jelas Kelly Ness selaku ketua pengarang jurnal ini.

Para penyelidik mengatakan lebih banyak jangkauan diperlukan – daripada doktor dan penggubal dasar, supaya orang ramai boleh diberi amaran tentang bahaya kebiasaan tidur yang kurang mencukupi. “Masalah utama obesiti adalah bagaimana tisu lemak berfungsi untuk menyimpan tenaga”, kata pengarang bersama Dr. Greg Shearer, seorang profesor ilmu nutrisi di universiti berkenaan.

“Proses simpanan lemak dengan cepat menyebabkan lemak disimpan dan tidak dibakar menjadi tenaga sebaliknya tumpuan diutamakan kepada gula untuk dibakar menjadi tenaga. Di sini kami menunjukkan bukti bahawa sekatan terhadap waktu tidur memburukkan proses ini”, tambahnya.

Gambar Hiasan | Craig Adderley Pexels

Ternyata tabiat tidur yang sihat mampu membawa perubahan besar terhadap kualiti kehidupan kita. Justeru, untuk mereka yang mengalami masalah sukar tidur, berikut beberapa tips yang boleh anda cuba :

  1. Patuhi jadual tidur (tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari). Ia mampu membantu tubuh mengawal waktu secara semula jadi agar waktu tidur anda tidak terganggu

 

  1. Amalkan ritual tidur yang santai. Aktiviti sebelum tidur yang santai (khususnya tanpa lampu yang terang) membantu memisahkan masa tidur anda daripada aktiviti yang boleh menyebabkan tekanan, keterujaan dan kebimbangan yang membuatkan anda lebih sukar untuk tidur

 

  1. Elakkan tidur pada waktu siang kerana walaupun hanya seketika, tidur pada waktu siang membantu membekalkan tenaga untuk anda sepanjang hari menjadikan sukar untuk tidur di waktu malam.

 

  1. Bersenam pada setiap hari mampu membantu tidur anda dengan lebih baik namun elakkan bersenam beberapa jam sebelum tidur.

 

  1. Hindari minuman beralkohol, rokok dan makanan berat ketika waktu malam kerana ia mampu menggangu waktu tidur. Makanan yang pedas dan berkafien akan menyebabkan ketidakselesaan pada perut sekaligus menyukarkan anda tidur.

 

  1. Ambil kira faktor bilik tidur anda kerana persekitaran yang baik berupaya membantu anda tidur dengan lebih mudah. Pastikan suhu bilik sentiasa berada dalam keadaan yang selesa.

 

  1. Gunakan tilam dan bantal yang selesa mampu membantu anda untuk tidur. Tukar tilam dan bantal mengikut tempoh yang disarankan kerana ia dapat menghindari anda daripada alergen yang mungkin menggangu waktu tidur.

 

  1. Jika masih sukar untuk tidur, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dan dapatkan nasihat serta rawatan daripada mereka yang profesional.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular