HONG KONG- Di media sosial, heboh mengenai insiden seorang penunjuk perasaan yang ditembak oleh anggota polis sehingga mengakibatkan mangsa kini berada dalam keadaan kritikal. Media tempatan melaporkan kejadian yang berlaku di daerah Tsuen Wan ini melibatkan seorang anggota polis dengan seorang pelajar sekolah menengah yang baru berusia 18 tahun.

Mangsa dikatakan menyertai sesi tunjuk perasaan bagi memprotes tindakan Beijing meraikan ulangtahun penubuhan komunis China yang ke-70. Rusuhan ini berlaku di lima lokasi dan melibatkan ratusan ribu individu yang menjalankan tunjuk perasaan ‘Hari Hiba’ atau ‘Day of Grief’ terhadap kerajaan.

Namun begitu, keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila segelintir penunjuk perasaan mula bertindak agresif dengan melemparkan bom petrol. Bagi meredakan keadaan yang tegang, pihak polis telah melancarkan gas pemedih mata selain menembak meriam air ke arah penunjuk perasaan.

Dalam insiden ini, seramai 15 penunjuk perasaan telah mengalami kecederaan ringan manakala seorang lagi terpaksa dikejarkan ke hospital Princess Margaret apabila seorang anggota polis bertindak melepaskan tembakan dari jarak dekat ke dada kiri mangsa. Serpihan peluru menembusi ke dalam dada mangsa dan jarak dengan jantung mangsa hanyalah 3 sentimeter sahaja!

Insiden tembakan itu berjaya dirakamkan dan dimuat naik naik oleh The Hong Kong University Students’ Union (Persatuan Pelajar Universiti Hong Kong). Dapat dilihat dengan jelas seorang anggota polis telah melepaskan tembakan dari jarak dekat ke arah seorang penunjuk perasaan selepas mangsa telah memukul anggota itu dengan sebatang belantan.

Ini adalah kali pertama berlakunya insiden seorang penunjuk perasaan yang ditembak oleh polis semenjak isu pergolakan politik di China pada Jun lalu. Sementara itu, pihak penganjur protes iaitu The Civil Human Rights Front menyatakan bahawa tujuan aktiviti protes ini dijalankan adalah bagi memperlakukan Hari Kebangsaan Ke-70 itu sebagai hari yang paling menghibakan buat semua! Malah, kesemua penunjuk perasaan turut diarahkan untuk memakai pakaian berwarna hitam.

“Kami ingin memaklumkan Parti Komunis bahawa rakyat Hong Kong tiada apa-apa untuk diraikan. Pemimpin tidak mahu mendengar suara kami, jadi ini adalah untuk mereka,” kata salah seorang penunjuk perasaan.

“Kami sedang berkabung kerana sepanjang 70 tahun pemerintahan Parti Komunis, hak demokrasi rakyat China dan juga Hong Kong telah dinafikan. Kami akan terus berlawan!”.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran VIDEO

Video Popular