Kerana tidak menyiapkan kerja rumah bagi subjek matematik, seorang murid lelaki berusia 10 tahun mendakwa telinganya dikepit menggunakan pengokot (stapler) sehingga cedera oleh gurunya sendiri.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Kota Kinabalu, Sabah kira-kira jam 11 pagi pada 27 September lalu.

Gambar Hiasan/Unsplash

Ekoran itu, murid berkenaan telah mengadu kepada ibunya sebelum satu laporan polis dibuat pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji mengesahkan penerimaan laporan berkenaan dan berkata,

“Pengadu yang juga ibu kepada murid berkenaan, mendakwa anaknya mengalami kecederaan pada telinga kiri kerana di ‘stapler’ oleh gurunya dan siasatan lanjut mendapati ada kesan calar pada telinga mangsa, namun alat yang digunakan tidak ada besi pengokot di dalamnya.

“Tindakan itu dipercayai hanya bertujuan menakutkan murid berkenaan kerana tidak menyiapkan kerja rumah matematik yang diberikan cikgu terbabit,” katanya ketika dihubungi oleh Berita Harian.

“Kes masih disiasat dan pada masa sama, kita tunggu laporan perubatan daripada doktor sebelum buat keputusan sama ada berlaku kecederaan atau hanya tohmahan tidak berasas.

“Guru wanita berkenaan juga kita akan panggil dalam masa terdekat,” katanya.

Kes ini dilaporkan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sabah News Today

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular