KAZAKHSTAN – Seorang gadis berusia 14 tahun dilaporkan mati mengejut apabila telefon bimbit yang sedang dicas meletup ketika mangsa sedang tidur.

Mangsa yang dikenali sebagai Alua Asetkyzy Abzalbek dikatakan telah mengecas sambil memasang muzik menerusi telefon pintar yang tidak didedahkan jenamanya itu. Pada keesokan pagi, mangsa ditemui telah meninggal dunia selain terdapat kesan terbakar akibat letupan bateri telefon pada bantal mangsa.

Berdasarkan siasatan pakar forensik, telefon bimbit milik mangsa telah meletup pada awal pagi akibat dicas terlalu lama dan menyebabkan peranti itu menjadi panas.

“Mangsa dipercayai mengalami kecederaan teruk di kepala dan meninggal dunia serta-merta”.

Sementara itu, rakan baik mangsa iaitu Ayazhan Dolasheva yang berduka akibat pemergian Alua itu sempat berkongsi kesedihannya menerusi media sosial.

“Saya masih tidak percaya. Awak adalah rakan yang terbaik. Kita telah bersama sejak zaman kanal-kanak lagi. Sukar untuk saya hidup tanpa awak. Saya sangat rindukan awak. Awak telah meninggalkan saya buat selama-lamanya”.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Kebenaran

Video Popular