- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Selain benjolan, tidak selesa memakai bra turut merupakan petanda barah payudara

Barah payudara merupakan igauan ngeri bagi semua wanita di dunia. Di Malaysia, statistik menunjukkan bahawa 1 daripada 20 orang wanita berisiko tinggi untuk menghidap barah payudara.

Justeru, golongan wanita di luar sana disarankan untuk menjalani pemeriksaan awal secara berkala kerana ia mampu mengesan sel barah di peringkat awal, menjadikan rawatan boleh dilakukan dengan lebih awal lagi.

Gambar Hiasan/Photo-AC [1]

Berdasarkan satu artikel yang dikeluarkan oleh Hello Doktor [2], terdapat beberapa cara untuk melakukan pemeriksaan sendiri di rumah dengan memerhati bahagian payudara secara luaran sebelum mendapatkan kepastian daripada pihak doktor. Berikut merupakan petandanya :

Gambar Hiasan/FreeImage [3]

#1 Terdapat benjolan atau ketulan

Ringkasnya, barah payudara mengakibatkan pertumbuhan benjolan atau ketulan padanya. Cara yang paling mudah adalah dengan mengurut lembut pada bahagian luar payudara dan perhatian keadaannya sama ada wujud sebarang keabnormalan ataupun tidak.

Harus juga diingatkan bahawa tidak semua benjolan atau ketulan itu merupakan sel barah. Periksa dahulu sama ada ia sakit apabila disentuh ataupun tidak. Jika sakit, ia berkemungkinan barah. Sekiranya wujud sahaja perubahan sama ada ketara ataupun tidak, lebih baik berjumpa dengan doktor.

Gambar Hiasan/Pixabay [4]

#2 Tidak selesa memakai bra

Pemakaian bra sememangnya penting dalam diri setiap wanita. Pandangan sama ada pemakaian bra terlalu ketat dan pemakaian bra jenis ‘push-up’ mampu mengundang barah payudara ternyata sekali tidak tepat. Namun, pemakaian bra yang tidak selesa mungkin merupakan petanda barah.

Ini bermaksud, setiap kali anda memakai bra, anda tidak berasa selesa dengannya. Contohnya, payudara tersembul (ke atas, bawah atau tepi bra), wayar pada pad bra mencucuk bahagian bawah payudara, tali bra kerap terjatuh daripada bahu, mangkuk bra berkedut, bahagian hadapan bra tidak bertepatan dengan dada serta bra mudah teralih apabila menggerakkan tangan.

Gambar Hiasan/Unsplash [5]

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh perubahan pada payudara. Apa yang perlu anda lakukan adalah lakukan pemeriksaan pada 7-10 selepas hari pertama anda mengalami haid. Buat mereka yang mengalami haid tidak teratur atau sudah tidak mengalami haid, pilih satu hari tetap. Contohnya, hari pertama setiap bulan.

Tidak kiralah ada perubahan atau tidak pada payudara, anda seharusnya menjalani pemeriksaan tahunan dengan doktor, terutamanya jika anda melepasi umur 40 tahun. Selain itu, pentingnya sikap ambil tahu tentang angggota tubuh sendiri.

Buat pemeriksaan sendiri di rumah supaya ia dapat dikesan di peringkat awal. Peluang untuk sembuh daripanya pun akan lebih tinggi.

Sumber: Hello Doktor [2]

loading...