Kebelakangan ini, kes penganiayaan pihak Parti Komunis China (PKC) terhadap agama semakin meningkat. Laporan majalah Bitter Winter baru-baru ini mendedahkan seorang wanita berusia 30 tahun beragama Kristian di Xinjiang telah ditahan oleh pihak berkuasa tanpa sebab selama 12 hari dan meninggal dunia. Ia amat menyeksakan kerana tubuhnya berada dalam keadaan yang teruk.

Menurut majalah yang memperjuangkan isu hak asasi manusia berkenaan, mangsa Ren Cuifang yang berasal dari Wilayah Autonomi Xinjiang Uygur telah ditangkap pada 22 Disember tahun lalu dan dipercayai meninggal dunia pada waktu tengah hari 3 Januari lalu – 12 hari kemudiannya. Mendiang meninggalkan seorang anak berusia 8 tahun dan ibu bapa.

Jam 10 pagi pada 5 Januari lalu, ibu bapa mendiang bergerak dari kampung halaman di kawasan pendalaman Mongolia ke Biro Keselamatan Awam Daerah Dushanzi, Karamay City, Xinjiang untuk meminta penjelasan daripada polis tentang sebab penahanan Ren Cuifang dan kematiannya. Yan, yang bertanggungjawab terhadap kes itu, tidak menerangkan kematian Ren Cuifang. Menurutnya PKC tidak membenarkan masyarakat untuk mempercayai agama.

Terdapat buku-buku keagamaan bersama-sama mendiang menyebabkan dia dianggap sebagai pesalah negara. Ibu bapa Ren Cuifang kemudiannya dibawa ke ruang pengebumian oleh pihak polis untuk melihat mayat anak mereka. Keadaan tubuh yang tragis membuatkan keduanya terkejut lalu hampir rebah.

Mata mendiang kelihatan lebam kebiru-biruan manakala pada payudara kirinya terdapat kesan lebam sebesar tapak tangan. Selain itu, terdapat juga tanda-tanda lebam berbeza saiz pada tangan dan kakinya. Di pangkal paha dan tangan juga wujud kesan lecur. Tumit kakinya didapati retak dan berdarah, salah satu kuku pada jari kakinya turut tercabut.

Seorang lagi ahli keluarga mendiang turut mendedahkan bahawa gigi mendiang didapati menggigit bahagian bawah bibirnya menandakan bahawa Ren Cuifang mati dalam keadaan terseksa. Pada gigi dan hidung mangsa juga terdapat darah dan sisa kapas padanya – seperti seseorang sengaja mengelap kesan darah dengan kapas.

Keluarga mangsa bertegas mahu laporan bedah siasat ke atas tubuh anak mereka bagi membolehkan kesan kecederaan yang dialami oleh mangsa dapat diperiksa dan dijelaskan. Walaupun terdapat bukti yang kukuh terhadap penyeksaan dan kematian, pihak polis menjelaskan bahawa mendiang tidak dibunuh oleh mereka. Mereka juga enggan membenarkan keluarga mangsa menyaksikan rakaman pengawasan Ren Cuifang atas alasan bahawa kes itu melibatkan rahsia negara.

Hal ini menyebabkan ibu bapa mangsa berang. Bagi mengetahui kebenaran, mereka berkeras mahu bedah siasat dijalankan. Pada 17 Januari, hasil bedah siasat yang dijalankan mengesahkan hakikat bahawa tubuh mangsa terdapat banyak kesan luka dan lembam yang teruk. Apabila keluarga mangsa melaksanakan petisyen bagi mendapatkan hak untuk keadilan terhadap kematian mangsa, kesemua data tentang keberadaan dan alat komunikasi mereka telah dipantau oleh polis. Peguam asing yang diupah bagi membela nasib mangsa juga telah dihalang oleh polis untuk memasuki negara.

Doktor yang bertanggungjawab menyelamatkan Ren Cuifang juga diarah supaya berdiam. Ahli keluarga mencuba yang terbaik untuk mengetahui perkara sebenar daripada mulut doktor. Ren Cuifang meninggal selepas diselamatkan selama 7 minit, tetapi doktor itu diancam oleh pihak polis dan tidak berani untuk mendedah rekod perubatan dan laporan diagnostik Ren Cuifang.

Ahli keluarga marah apabila tahu bahawa Ren Cuifang diseksa. Polis juga turut memberi amaran dan mengancam keluarga mereka : “Jika kamu menghebahkan kematian Ren Cuifang, anda bakal tanggung sendiri risiko dan akibatnya!”. Ini membuatkan keluarga mendiang bertambah sedih dan patah semangat.

Ren Cuifang – mangsa beragama Kristian yang diseksa dengan kejam dan meninggal dunia

NTDTV

Penganiayaan pihak PKC terhadap agama bukanlah sesuatu yang baharu. Ini termasuklah dengan kejadian yang melibatkan orang Islam di wilayah Xinjiang. Pada bulan Ogos tahun lalu, ahli jawatan kuasa Penghapusan Diskriminasi Kaum, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mike Danger, berkata bahawa terdapat 2 juta etnik Uighur dan golongan minoriti Muslin di Xinjiang telah ditangkap dan ditempatkan di Kem Pendidikan Semula – yang turut menempatkan sebilangan besar penganut Kristian.

Sebilangan media asing melaporkan bahawa pemikiran tahanan telah ‘dicuci’ dan diseksa secara paksa, menyebabkan ramai yang meninggal semasa ditahan. Majalah Bitter Winter juga mengatakan bahawa keadaan di kem tersebut diketahui pada tahun 2017 dan menarik perhatian antarabangsa. Pada tahun 2018, pihak berkuasa Xinjiang melancarkan beberapa penangkapan besar-besaran orang Kristian dan menempatkan mereka di kem berkenaan.

Laporan menjelaskan bahawa pihak berkuasa sangat menjaga perihal kerahsiaan melibatkan keadaan tahanan Kristian di kem tersebut. Apa yang dialami oleh mereka di sana tidak pernah diketahui. Keluarga dan saudara mara juga terpaksa memutuskan hubungan dengan tahanan. Menurut laporan, mangsa kebanyakannya seperti tercungap-cungap manakala selebihnya tidak diketahui.

Selain daripada isu kem tersebut untuk penahanan orang Kristian, majalah Winter mendedahkan pada bulan Jun bahawa perintah rahsia pelbagai wilayah menunjukkan bahawa penindasan kejam PKC terhadap gereja-gereja Kristian baru menjadi semakin ganas. Pada masa kini, pelbagai daerah akan melancarkan satu pusingan baru penindasan dan anggota gereja pula berada di ambang kematian.

Menurut laporan, mazhab-mazhab Kristian baru yang muncul telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan jumlah penganut pula kian melonjak, menjadikan pemerintahan kerajaan di China sedikit tergugat. Pada tahun lepas, hampir 24,000 orang penganut di beberapa daerah di China telah dianiaya kerana aktiviti mereka. Lebih daripada 10,000 orang ditahan dan 20 orang mengalami penyeksaan yang tidak berperikemanusiaan. Tindakan kejam mereka ini juga merupakan kesinambungan untuk menindas komuniti Falun Gong.

Menurut Minghui.com, sejak penganiayaan PKC terhadap Falun Gong pada tahun 1999, terdapat lebih daripada 100 jenis penyeksaan yang digunakan terhadap pengamal Falun Gong. Penyeksaan ini amat memeritkan dan ia telah dikenakan kepada pembuat petisyen, aktivis, penentang dan pengkritik serta peguam hak asasi manusia.

Laporan itu mendedahkan bahawa pelaksanaan penyeksaan PKC itu dilaksanakan di kem buruh, pusat tahanan, penjara, hospital mental, pusat pemulihan dadah dan kelas ‘mencuci’ pemikiran. Lebih daripada 100 jenis dadah berbahaya dan toksik digunakan secara meluas di sana. Penalti utama termasuklah :

  1. Memukul – Penggunaan bar keluli, rotan, batang plastik, besi tajam, pencucuh elektrik, paip kulit, cangkul, dawai, cambuk wayar dan sebatan.
  2. Elektrik – pada bahagian tubuh yang sensitif seperti kepala, dada, alat kelamin, payudara, zakar, punggung, paha, tapak kaki, kepala dan anus
  3. Api – Air panas, puntung rokok, pemetik api, besi pematerian, bar besi dan sebagainya
  4. Kesejukan – Paksa menanggalkan seluar ketika sejuk, simbah dengan air sejuk, membekukan dan membekukan ketika musim sejuk bersalji
  5. Gaunlet – Menggunakan gari pada tangan dan kaki, belenggu dan rantai yang mengikat kaki serta pelbagai lagi
  6. Kayu buluh, pengcungkil gigi, jarum akupuntur dan penindik wayar
  7. Penjara – memaksa tahanan duduk di atas permukaan papan kayu yang kasar, ‘bangku harimau’, kerusi besi dan sebagainya
  8. Gangguan seksual – rogol, rogol berkumpulan, tongkat elektrik dimasukkan ke dalam vagina, mengenakan cangkuk panas pada vagina, mengenakan elektrik pada puting payudara, membakar punggung dan alat kelamin, menendang dubur, memaksa pengguguran dan menghina secara seksual

Selain daripada itu, terdapat hukuman mati – digantung, ditembak, dimakan oleh mereka yang kebuluran dan kematian disebabkan kekurangan tidur serta rehat. Kesemua penyeksaan tersebut sangat memeritkan dan tidak tertanggung sakitnya.

Ramai kalangan pengamal Falun Gong dapat memperbaiki tahap kesihatan semula selepas mengamalkannya namun malang apabila mereka pula diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh pihak PKC. Banyak tragedi yang berlaku bermula dengan penyeksaan sehinggalah menyebabkan kematian. Gao Zhisheng, seorang peguam hak asasi yang terkenal, menulis dalam surat terbuka kepada Hu Jintao dan Wen Jiabao pada tahun 2005 :

“Kita telah melihat bahawa kuasa yang dilambangkan oleh “610” terus berurusan dengan orang kita dalam bentuk membunuh tubuh manusia dan rohnya dengan menggunakan belenggu dan rantai, kejutan elektrik, dan ‘bangku harimau’. Ia sentiasa menindas ibu, saudara perempuan kita, anak-anak kita, dan seluruh negara kita”.

Sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu, penganiayaan terhadap pengamal Falun Gong di China telah diperjuangkan oleh orang yang baik di seluruh dunia. Lebih daripada 300 juta penduduk di China telah menarik diri daripada Parti Komunis, Liga Pemuda Komunis dan Perintis Muda.

Kini, semakin ramai penduduk dunia yang akan tahu akan kejahatan dan kekejaman yang dilakukan oleh PKC dan ternyata PKC akan lebur dalam kebangkiran rakyat tidak lama lagi.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran

Video Popular