KUALA LUMPUR – Kajian semula terhadap projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diperlukan berikutan perkembangan terbaru dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Demikian pendapat yang dinyatakan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berikutan kenyataan bersumpah oleh saksi pendakwaan dalam kes tersebut yang mendedahkan bahawa projek itu dicadangkan kepada China untuk menyelamatkan bebanan hutang yang ditanggung oleh 1MDB.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my) on

Anwar Ibrahim/Instagram

“Projek ECRL sedang berjalan. Ia tidak kira sama ada saya bersetuju atau tidak dengan perkembangan projek ini. Walau bagaimanapun, terdapat perkembangan terbaru dalam kes bagi memberi ruang kepada kerajaan untuk melakukan rundingan lanjut berkenaan kos sebenar projek itu,” katanya.

Datuk Seri Anwar yang juga Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen berkata demikian selepas menghadiri Seminar Ekonomi, Kemiskinan dan Kesenjangan di Malaysia: Melihat Kembali Takrifan dan Perlaksanaan di bangunan Parlimen.

Tambahnya, “Dalam satu kenyataan bersumpah oleh saksi dalam kes Datuk Seri Najib, telah dinyatakan bahawa sebahagian dari kos projek itu akan digunakan untuk menyelesaikan hutang oleh 1MDB.”

Menurut keterangan saksi dalam kes 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ECRL, Trans-Sabah Pipeline (TSGP) dan Multi Purpose Pipeline (MPP) adalah projek-projek yang dicadangkan kepada China untuk menyelamatkan 1MDB dan salah satu anak syarikatnya, SRC International Sdn Bhd.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my) on

Anwar Ibrahim/Instagram

Mahkamah Tinggi juga diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak dan Low Taek Jho, atau Jho Low merancang untuk mendapatkan syarikat berkaitan kerajaan China (GLC) untuk melabur dalam projek-projek tersebut yang kemudiannya untuk membayar hutang 1MDB dan SRC International.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Datuk Amhari Efendi Nazaruddin yang pernah menjadi pegawai khas Datuk Seri Najib. Beliau merupakan salah seorang saksi yang memberi keterangan dalam kes itu.

Menurut Datuk Seri Anwar, projek infrastruktur ini bertujuan untuk meningkatkan ekonomi dan beliau tidak mahu mengulas lanjut tentang perkembangan projek yang sedang berjalan. Namun kebimbangan yang dibangkitkan adalah kos yang terlibat untuk melaksanakan projek itu.

Terdahulu, pakar ekonomi Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram yang merupakan salah seorang penceramah di seminar itu berkata, kerajaan Pakatan Harapan harus berhenti daripada meneruskan pelaburan dalam projek-projek pembangunan di bawah pentadbiran terdahulu yang dianggap rasuah.

Facebook 

Dalam pembentangannya, beliau menamakan ECRL sebagai salah satu projek sedemikian. Beliau mencadangkan kepada kerajaan dalam dasar fiskalnya untuk melabur dalam program pembangunan bagi membantu menangani masalah kemiskinan tegar di negara ini.

Namun, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang hadir di seminar itu, tidak bersetuju dengan pendapat Profesor Jomo bahawa projek ECRL tidak akan memberi manfaat kepada negara.

Katanya, negeri-negeri di Pantai Timur dan rakyatnya akan mendapat manfaat dengan limpahan dan peluang memperkukuh ekonomi menerusi projek ECRL.

Sumber : New Straits Times

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular