GEORGIA:  Dua lagi kes baharu dilaporkan maut akibat gangguan pernafasan yang teruk kerana terlalu kerap menghisap e-rokok atau vape menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Amerika Syarikat bertambah kepada 11 orang.

Pegawai Kesihatan Georgia melaporkan kes pertama berlaku di negeri ini melibatkan masalah pernafasan yang teruk adalah 25 September lalu.

Gambar Hiasan/Unsplash

Mangsa yang meninggal dunia mempunyai sejarah menghisap nikotin dalam kuantiti yang banyak.

Semalam, Florida juga melaporkan kematian pertama disebabkan masalah dengan vape.

Sebelum ini, sembilan kematian berlaku di Kansas, Missouri, Indiana, Minnesota, California, Illinois dan Oregon.

Terkini, Pusat Kawalan Pencegahan Penyakit (CDC) menyiasat 530 kes penyakit paru-paru yang akibatkan tabiat menghisap vape.

Jumlah tersebut dilihat semakin meningkat berbanding 380 kes dilaporkan minggu lalu ketika pihak berkuasa kesihatan menemui lebih banyak kematian dan penyakit berkaitan vape.

Agensi berkenaan menjelaskan sehingga kini pihak tidak mengetahui apa yang terkandung dalam e-rokok sehingga mengakibatkan masalah kesihatan namun menyifatkan kes tersebut berlaku disebabkan penggunaan nikotin berasaskan e-rokok dan produk yang mengandungi THC, bahan psikoaktif utama yang terdapat dalam kanabis.

Gambar Hiasan/Unsplash

Bagaimanapun, Pihak Jabatan Kesihatan Florida tidak mempunyai maklumat berkaitan mangsa yang meninggal dunia di Florida.

Daripada 530 kes, CDC telah menganalisis dan mendapati dua pertiga individu yang mengalami masalah paru-paru atau 67 peratus adalah berusia antara 18 hingga 34 tahun.

Manakala 16 peratus berusia di bawah 18 tahun dan majoriti yang menjadi mangsa adalah kaum lelaki.

CDC berkata antara simptom yang dialami termasuklah batuk berpanjangan, sesak nafas, sakit dada, mual, muntah-muntah dan juga cirit-birit.

Sumber: Dailymailco.uk

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular