MIRPUR: Sekurang-kurangnya 25 orang dilaporkan maut dan lebih 300 yang lain cedera susulan gempa bumi dengan kekuatan 5.8 skala Richter yang menggegar Pakistan pada jam 4.32 petang, 24 September lalu.

Memetik Al Jazeera, keadaan gempa bumi tersebut berlaku berhampiran Mirpur, sebuah bandar di Kashmir yang ditadbir Pakistan itu mengalami kerosakan teruk antaranya bangunan runtuh, jalan yang terbelah dua selain kemusnahan tempat tinggal.

Menurut Pusat kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran gempa pada kedalaman 10 kilometer itu turut dirasai di beberapa bandar lain termasuk New Delhi, Chandigarh, Kashmir, sebahagian Himachal.

Malah turut terjejas di beberapa bandar di Pakistan termasuk Islamabad, Lahore dan Khyber Pakhtunkhwa.

Ketua Polis Mirpur Gul Faraz berkata, kerosakan teruk berlaku di sekitar ini sekali gus menyebabkan jalan raya utama di sepanjang terusan dan jambatan musnah.

Jabatan Meteorologi Pakistan memberi amaran berlakunya gempa susulan akan berlaku dalam tempoh 24 ke 48 jam.

Sehubungan itu, pihaknya meminta orang awam mengambil langkah berjaga-jaga.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan dalam satu kenyataan memaklumkan, bekalan elektrik di bandar Mirpur dan daerah Kotli dihentikan buat sementara waktu

“Sehingga kini 200 buah khemah dan 800 selimut diedarkan kepada orang ramai di kawasan terjejas,”katanya.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular