GEORGE TOWN: Polis berjaya merampas 12 tan kokain bernilai RM2.4 bilion di Pulau Pinang. Rampasan kali ini merupakan rampasan terbesar yang berlaku dalam sejarah Malaysia yang mencetuskan kebimbangan banyak pihak.

Kokain yang bercampur dengan 60 tan arang batu ditemui di dalam tiga buah kontena yang berlabuh di Pelabuhan Butterworth melalui Ops Eagle pada 10 September lalu.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador kontena tersebut dipercayai tiba di pelabuhan pada 16 Ogos lalu namun tidak dapat dikesan kerana sindiket dadah tersebut menggunakan teknologi canggih supaya dadah-dadah tidak dapat dikesan.

Tambah beliau lagi, Unit Anjing Pengesan (K9) juga tidak dapat mengesan dadah-dadah tersebut. Dengan menggunakan peralatan canggih oleh Jabatan Kimia, pihak berkuasa berjaya mengesan dadah yang bernilai RM200,000 sekilo itu. 

Selain berjaya mengesan dan merampas dadah tersebut, pihak polis juga turut menahan seorang suspek lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai bertanggungjawab terhadap penghataran dadah yang menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat transit sebelum dadah dibawa ke negara ketiga.

Suspek yang didapati positif methamphetamine itu ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan. Kes itu sedang disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa kepada hukuman mati.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular