Sudah menjadi kelaziman jika mengalami sakit kepala atau badan tidak enak kita akan mendapatkan minyak angin atau mungkin pelekat berangin untuk melegakan badan dengan cepat. Kalau boleh semua ketidakselasaan pada tubuh mahu dihilangkan segera tanpa perlu berjumpa doktor. Jadi, bermacam minyak atau ubat sapuan digunakan untuk memberi kelegaan pantas. Namun begitu, tahukah kita bahawa tidak semua ubat selamat digunakan terutama kepada anak kecil?

 

Terdapat sesetengah ubat mengandungi kapur barus atau Camphor yang hakikatnya tidak sesuai digunakan oleh anak-anak kecil yang berusia dua tahun ke bawah.

 

Apa yang lebih merisaukan ialah ubat-ubatan yang mengandungi bahan ini dikatakan boleh mendatangkan mudarat kepada anak-anak kecil sehingga mereka boleh mendapat sawan.

 

Ubat-ubatan seperti ini tidak boleh diletakkan pada mata, hidung atau luka. Hal ini kerana kapur barus boleh meresap masuk ke dalam darah dan mengakibatkan kesan toksik.

Jika diperhatikan pada kotak atau plastik ubat-ubatan jenis ini memang ada tanda amaran mengenai bahaya ubat ini kepada anak-anak berusia dua tahun ke bawah.

 

Jadi, sebelum menggunakan apa-apa ubat adalah lebih baik untuk anda membaca dahulu arahan atau ‘nota’ amaran yang terkandung pada kotak atau pembalut. Ingat, tidak semua ubat-ubatan sesuai untuk kanak-kanak!

Sumber: Facebook | Public Health Malaysia

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESENIAN

Video Popular