Kita tidak boleh melawan takdir yang telah ditetapkan oleh Tuhan untuk kita. Walau bagaimana pun cara kita lakukan untuk menghalangnya daripada berlaku, dengan keizinanNya, ia akan tetap berlaku.

Baru-baru ini, seorang pengantin yang juga merupakan jururawat telah meninggal dunia sebelum sempat berjalan di atas altar pada hari perkahwinannya. Jessica Guedes yang berumur 30 tahun telah pengsan di dalam limo yang dinaikinya di sebuah gereja di Sao Paolo.

Pada mulanya, ahli keluarga Jessica beranggapan bahawa mendiang mungkin mengalami masalah kebimbangan melampau dek kerana gementar dengan majlis perkahwinannya itu. Ini kerana, Jessica pada sebelum kejadian telah mengadu sakit kepala dan sakit pada tengkuknya.

Gambar Hiasan | Engin Akyurt – Pexels

Mendiang yang sedang hamil 6 bulan itu sebenarnya mengalami pra-eklampsia, iaitu satu bentuk gangguan kehamilan – menyebabkan tekanan darah tinggi dan sejumlah besar protein dalam air kencing (sel darah merah berkurang, menyebabkan kekejangan, kegagalan hati dan buah pinggang).

Tunangnya, Flavio Goncalvez, 31 tahun, berasa pelik dengan kelewatan Jessica tiba di altar. “Saya sangat bimbang kerana saya sedang menunggunya untuk tiba. Kemudian sepupunya berlari menghampiri saya dan memberitahu bahawa Jessica telah pengsan”, cerita Flavio.

Gambar Hiasan | Engin Akyurt – Pexels

Namun setibanya di kereta, Jessica dalam keadaan sedar dan sempat memberitahu Flavio bahawa dirinya dalam keadaan yang baik cuma tengkuknya sahaja mengalami kesakitan.

Menurut laporan kesihatan, Jessica mengalami strok kerana pra-eklampsia dan pendarahan dalaman, sehingga menyebabkan pakar bedah terpaksa mengeluarkan rahimnya.

Pembedahan caesarean telah dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan sementara Jessica telah mengalami kematian otak dan meninggal sejurus sahaja pembedahan selesai.

Gambar Hiasan | Aditya Romansa – Unsplash

Sophia, bayi yang dilahirkan itu dengan berat 2.05 paun (0.9 kilogram) dan sepanjang 4 sentimeter berkenaan ditempatkan di bawah penjagaan rapi neo-natal sekurang-kurangnya untuk tempoh dua bulan.

Walaupun kelihatan sihat dan hadir kesemua temu janji kesihatan yang ditetapkan, namun manusia masih tidak mampu melawan takdir Tuhan. Benarlah bahawa ajal dan maut terletak di tangan Tuhan. Semoga Sophia membesar dengan sihat dan bahagia bersama bapanya kelak.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular