Baru-baru ini, perkongsian seorang pemuda yang berusia 21 tahun, Roshen Maghhan di Twitter telah menjadi tular kerana berjaya ubah suai fungsi kereta Myvi berkonsepkan teknologi canggih kereta Tesla.

Menurut perkongsiannya, projeknya itu dilakukan sempena Hari Malaysia. Roshen memilih kereta Myvi kerana kereta tersebut merupakan kereta yang agak popular di kalangan rakyat Malaysia.

@roshenmaghhan/Twitter

Roshen menggunakan platform elektronik sumber terbuka, Arduino yang membolehkannya mampu untuk hidupkan dan matikan enjin keretanya dengan hanya menggunakan telefon pintar.

Bukan itu sahaja, Roshen juga menambah fungsi lain iaitu mengawal tingkap dan memainkan muzik dalam keretanya dengan menggunakan telefon pintar, tanpa menggunakan butang dalam keretanya langsung.

Selepas beberapa minggu berhempas pulas untuk menyiapkan projek itu, Roshen nampaknya berjaya mengubah suai sistem dan fungsi keretanya itu. Tonton video hasil daripada projeknya itu:

@roshenmaghhan/Twitter

Roshen nampaknya tidak berhenti dengan projek itu sahaja. Setelah menonton video ciri kereta keluaran Tesla yang dapat bergerak ke hadapan dan belakang dengan hanya dikawal menggunakan telefon pintar, Roshen membuat keputusan untuk menggunakan konsep yang sama untuk Myvinya.

Inilah hasilnya:

@roshenmaghhan/Twitter

@roshenmaghhan/Twitter

Menurut Roshen, pergerakan keretanya kelihatan perlahan adalah kerana dia mengehadkan had kelajuan kepada 1 kilometer per jam di atas faktor keselamatan. Memandangkan projeknya itu sepenuhnya menggunakan wang sendiri, Roshen tidak mampu untuk mengembangkan lagi projeknya itu.

Selepas ini, Roshen merancang untuk membangunkan kereta yang mampu untuk memandu sendiri di atas jalan raya dan mengenal pasti lorong sendiri dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). Jika tiada individu atau syarikat yang mahu menajanya, Roshen membuat keputusan untuk menggunakan kereta Mercedes lama milik bapanya.

@roshenmaghhan/Twitter

Oleh itu, jika terdapat mana-mana individu atau syarikat yang ingin menaja projeknya itu bolehlah menghubunginya di Twitter.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular