Di Malaysia dan juga seluruh dunia, tabiat memakan makanan pedas kini menjadi satu trend’ terkini yang majoritinya diamalkan oleh golongan muda tanpa mengira jantina.

Trend’ ini begitu popular sehingga mencetuskan idea untuk mewujudkan makanan-makanan yang sangat pedas sekali gus menggalakkan lebih ramai individu untuk terlibat dalam cabaran memakan makanan pedas di media sosial.

Namun tahukah anda bahawa disebabkan oleh fenomena inilah, berlakunya peningkatan penyakit hernia atau angin pasang di Malaysia! Dalam satu kes yang tular di Facebook, seorang penggunanya yang dikenali sebagai Ummi Nadia telah berkongsi pengalaman peribadinya sendiri apabila dia mengalami kesesakan nafas selama tiga hari berturut-turut akibat tabiatnya yang tidak mengamalkan pemakanan sihat.

Ummi Nadia/Facebook

Menurut perkongsian Nadia di Facebook pada 11 September lalu, dia diserang sesak nafas ketika sedang tidur dan mengalami muntah teruk. Menyangka ia cuma serangan sakit biasa, Nadia bertindak merawat dirinya sendiri dengan meminum susu, menggunakan minyak angin, ubat klinik dan sebagainya namun tiada sebarang perubahan positif.

“Tiga hari berturut-turut kena attack. Pagi buta pukul 2 ke 4 pagi pun kena attack. Sesak nafas rasa nak mati. Berdiri rasa nak tumbang. Muntah lebih 10 kali. Dua hari lepas kaki dan tangan menggeletar. Ubat klinik, gaviscon, minyak angin, air suam dan susu semua tak jalan. Suami pun ikut sama menangis tengok keadaan saya dan terus bawa ke hospital swasta”.

Kos rawatan yang perlu dibiayai untuk merawat penyakit Nadia

Ummi Nadia/Facebook

Setelah menjalani prosedur pemeriksaan, doktor mengesahkan Nadia mengalami hiatal hernia iaitu satu keadaan di mana organ perut menjadi lemah lalu naik melalui diafragma ke bahagian tengah dada. Antara simptom akibat penyakit ini adalah seperti pedih ulu hati, sakit dada, kesukaran untuk menelan dan sebagainya.

Ummi Nadia/Facebook

Nadia akui sekitar dua minggu sebelum diserang penyakit tersebut, dia mula tidak menitikberatkan soal pemakanan dan juga diet. Jelasnya, hampir setiap hari selama dua minggu dia menikmati makanan pedas seperti gulai lemak cili api, asam pedas, ayam masak lada hitam, tempoyak ikan patin, sambal belacan dan macam-macam lagi!

“Hiatal hernia lagi teruk dari gastrik. Injap dah longgar. Bila injap dah longgar, tak makan asid naik, terlebih makan asid naik, makan pedas asid naik, stres pun asid naik”.

Ummi Nadia/Facebook

Ujar Nadia lagi, “Kalau tak jaga pemakanan dan cara hidup dari sekarang, boleh dapat GERD dan bawa maut. Doktor kata penyakit ini mulai terkenal di Malaysia kerana rakyat Malaysia gemar mencuba segala jenis makanan yang tular”.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada terjadinya hiatal hernia. Antaranya:

  • Usia yang lanjut (Individu berusia 50 tahun berisiko tinggi mendapat hiatal hernia)
  • Obesiti
  • Merokok
  • Luka pada diafragma
  • Sering meneran ketika membuang air kecil atau besar
  • Selalu angkat beban berat
  • Makan secara berlebihan sehingga perut menjadi senak
  • Tidak menjaga waktu pemakanan
  • Tidur atau baring selepas makan
  • Makan makanan pedas

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian Nadia meraih lebih daripada 19,200 jumlah ‘Share’ dan 10,400 jumlah ‘Like’.

Ummi Nadia/Facebook

Sememangnya rakyat Malaysia tidak boleh lari dengan sajian lauk pauk yang pedas. Makanan yang pedas seperti sambal ternyata mampu membangkitkan selera makan kita.

Namun haruslah anda beringat dan jadi individu bijak dengan mengawal pengambilan makanan pedas agar tidak berlakunya sebarang komplikasi penyakit seperti yang dialami oleh Nadia.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular