Sekiranya anda pernah menonton Ninja Warrior Amerika, anda pasti terfikir: Adakah mereka ini manusia? Jelas sekali, untuk berjaya melepasi cabaran dalam pertandingan Ninja Warrior, seseorang peserta itu memerlukan kekuatan, ketangkasan, dan latihan yang mencukupi.

Seperti peserta Ninja Warrior Amerika ini, Najee Richardson atau terkenal dengan gelaran, The Phoenix Flying yang begitu hebat melepasi kesemua cabaran.

Aksinya pada 13 Ogos tahun lepas begitu mengujakan penonton apabila dia kelihatan begitu mudah menghadapi kesemua cabaran. Begitu pantas dan tangkas!

Pada permulaannya, cabaran masih lagi mudah. Tetapi, ada juga peserta yang tidak berjaya melepasi. Najee melepasinya dengan mudah tanpa sebarang kesilapan.

Ayunan badannya kelihatan begitu sempurna.

Cabaran ini kelihatan agak sukar. Tetapi Najee tidak mempunyai sebarang masalah. Tangannya sungguh kuat!

Ketika dia berusia 10 tahun, ibu bapanya menghantarnya ke gim gimnastik.

Sebagai seorang gimnas, dia mengambil peluang itu untuk menyertai Ninja Warrior Amerika.

Tonton aksi hebat Najee dalam video di bawah:

Ninja Warrior|Facebook

Sumber: Ninja Warrior|Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI VIDEO

Video Popular