KUALA LUMPUR: Tiga wanita bernasib baik selepas terselamat daripada kejadian ragut di hadapan rumahnya sendiri di Bandar Seri Damansara di sini.

Dalam kejadian tragis berkenaan kira-kira 12.45 tengahari 16 September lalu, tiga wanita dalam lingkungan 50-an baru tiba di depan rumahnya selepas membeli belah untuk majlis perkahwinan.

Facebook

Menurut rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berdurasi 2.55 saat itu menunjukan, mangsa meletakkan kenderaannya jenis Honda CRV di hadapan rumah dan sedang memunggah barangan dibeli dari kenderaan sebelum didatangi sebuah kereta jenis saga berwarna biru gelap yang tiba-tiba menghalang kenderaan di hadapan mereka.

Terdahulu kenderaan tersebut berhenti di tepi jalan kira-kira tiga minit sebelum mengundur kenderaan dan cuba menghalang kenderaan mangsa.

Facebook

Kenderaan tersebut yang dinaiki tiga lelaki tersebut yang memakai penutup muka bersama cermin mata hitam itu mengacukan sebilah parang kepada salah seorang wanita yang sedang mengangkat barang dari kereta sebelum merampas bag tangan berkenaan.

Namun, wanita berkenaan bernasib baik kerana bag tangan melekap di badannya dan enggan melepaskan menyebabkan berlaku sedikit pergelutan sehingga wanita tersebut diseret ke jalan utama.

Facebook

Namun, bag tersebut masih kekal di badan wanita berkenaan menyebabkan seorang lagi perompak cuba memukul wanita berkenaan dengan tongkatnya.

Keadaan tersebut menyebabkan seorang lagi perompak bertindak memukul wanita yang memakai baju hijau itu dengan tongkat manakala seorang lagi perompak beralih ke pintu kereta mangsa dan mengambil bag tangan mangsa yang ditinggalkan di tempat duduk penumpang sebelum melarikan diri.

Facebook

Mangsa yang dalam keadaan panik masih terpinga-pinga dengan kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu menyebabkan ahli keluarga di dalam rumah baru menyedari kejadian tersebut.

Malah kejadian tersebut turut disedari pengawal keselamatan di kawasan berkenaan yang cuba membantu mangsa.

Ketiga-tiga wanita berkenaan bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan namun sebuah bag tangan salah seorang daripada wanita berkenaan yang mengandungi wang tunai, kad kredit dan dokumen peribadi berjaya dilarikan perompak.

Kesemua mangsa kemudian membuat laporan polis di balai polis berdekatan dan pihak berkuasa masih menyiasat kes berkenaan.

Sumber: Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular