HEBEI: Seorang pencuri muncul menjadi ‘wira’ apabila bertindak melaporkan kegiatan penyeludupan dadah di sebuah rumah yang dicerobohi di bandar Zhangjiakou, pada 14 September yang lalu.

Memetik sinchew, lelaki berkenaan dipercayai merompak rumah berkenaan. Namun ketika sedang ‘beroperasi’, dia ternampak sejumlah dadah di rumah berkenaan.

Lelaki berkenaan kemudian membuat keputusan untuk membuat laporan polis kes berkaitan penemuan dadah tersebut.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup, lelaki berkenaan yang menyarung baju berwarna putih dilihat membuat laporan di dalam sebuah bilik di balai polis.

Anggota polis yang bertugas kemudian meminta dia duduk dan menjelaskan situasi yang sebenar ketika kejadian.

“Sila duduk dan beri keterangan secara jelas berkaitan hal berkenaan,”kata polis bertugas.

Terdahulu, lelaki tersebut membuat pengakuan dirinya telah memecah masuk rumah tersebut dan melihat sejumlah dadah yang disembunyikan di tempat berkenaan.

Malah tindakan jujur dan berterus terang itu membuatkan pihak polis memuji kerana sikap yang bertanggungjawab.

Kejadian tersebut turut mendapat reaksi positif dalam kalangan netizen di laman sosial yang memuji sikap lelaki tersebut yang sanggup memunculkan diri menjelaskan perkara sebenar.

Sumber: Sinchew

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular