Sempena Hari Sepsis Sedunia pada 13 September yang lalu, seorang ibu yang dikenali sebagai Iris Ng telah berkongsi di Facebooktentang kisah anaknya, Jarrod yang berjaya terselamat daripada Sepsis.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, Sepsis terjadi apabila sistem pertahanan badan atau sistem imun badan melawan sesuatu jangkitan dan dalam proses melawan jangkitan itu daripada merebak, ia telah mengakibatkan kecederaan kepada tisu dan organ badan manusia.

Jangkitan yang dilawan sistem imun badan kita itu kebanyakkannya berpunca daripada bakteria dan virus dan ada kalanya parasit dan fungi (kulat). Jika tidak mendapat rawatan awal, Sepsis boleh membawa kematian.

Tujuan Iris Ng berkongsi kisah anaknya adalah untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa di luar sana tentang gejala dan simptom awal Sepsis supaya ia dapat dicegah lebih awal dengan mendapatkan rawatan dengan segera.

Pada mulanya, Jarrod yang berusia 4 tahun dan merupakan kanak-kanak yang sihat serta riang hanya mengalami demam biasa dan sembuh seperti biasa. Pihak tadika menghubungi Iris Ng apabila melihat Jarrod kelihatan lesu. Apabila Iris Ng dan suaminya tiba di tadika untuk mengambil Jarrod, demamnya sudah kebah dan dia bermain bersama kawan-kawannya.

Iris Ng|Facebook 

Namun, dua hari selepas itu Jarrod mengalami demam semula dan kali ini ruam mula muncul di wajahnya. Jarrod di bawa berjumpa doktor dan selepas pemeriksaan, doktor mengatakan Jarrod mengalami demam virus dan memberikannya panadol serta neurofen.

Iris Ng|Facebook 

Keesokan harinya, Jarrod kelihatan bertambah baik, malah membantu ibunya di dapur dengan mengupas kulit ubi kentang.

Iris Ng|Facebook 

Tetapi, esoknya ruamnya kembali dan dia merungut bahawa kakinya sakit. Jarrod dibawa berjumpa doktor lain dan doktor tersebut juga mengatakan bahawa Jarrod mengalami demam virus. Sekali lagi, Jarrod diberikan panadol dan neurofen.

Iris Ng|Facebook 

Pada hari seterusnya, keadaan Jarrod bertambah buruk. Bapanya menemaninya di rumah kerana ruam dan demam belum reda pada pagi itu. Jarrod dibawa ke unit kecemasan untuk mendapatkan rawatan segera.

Jarrod mula cirit-birit dan muntah. Jururawat datang memeriksa tekanan darahnya dan keadaannya. Selepas itu, biliknya dipenuhi dengan doktor dan jururawat. Doktor mengesahkan Jarrod mengalami Sepsis tetapi tidak tahu apa puncanya.

Iris Ng|Facebook 

Organ Jarrod mula tidak berfungsi dan dia terpaksa menjalani dialisis melalui lehernya kerana buah pinggangnya tidak berfungsi dengan baik.

Iris Ng|Facebook 

Pada pukul 4 pagi, Iris Ng dan suaminya diberitahu bahawa jantung Jarrod pula gagal berfungsi. Jarrod perlu menjalani pembedahan dengan segera untuk membuka dadanya dan memintas fungsi jantungnya menggunakan mesin ECMO.

Mesin akan mengambil alih fungsi jantungnya dan membolehkan mereka menapis toksin daripada darahnya. Beberapa hari selepas itu, Jarrod terpaksa bergantung pada mesin ECMO.

 

Kakinya membengkak, 3 kali lebih besar daripada biasa. Doktor mengesyaki bahawa kakinya merupakan punca jangkitan.

Iris Ng|Facebook 

Oleh itu, doktor melakukan pembedahan pada kakinya. Pembedahan dilakukan di katil Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana Jarrod terlalu kritikal untuk bergerak. Pembedahan berjalan dengan lancar dan kakinya bukan punca utama kerana bakteria telah merebak melalui aliran darah serta tulang, telah menghalang bekalan darah ke kaki dan menyebabkan kerosakan otot dan tisu.

 

Iris Ng|Facebook 

Jarrod berada di ICU selama 24 hari (8 hari koma dan bergantung kepada mesin sokongan hayat). Kulitnya mula mengupas dan rambutnya gugur.

Iris Ng|Facebook 

 

Doktor terpaksa melakukan banyak pembedahan di kakinya.

 

Selepas keadaan Jarrod agak stabil, dia dibenarkan keluar daripada ICU.

Iris Ng|Facebook 

Otot dan tisu rosak dikeluarkan dari kakinya, jadi dia terpaksa belajar berjalan semula. Dia begitu lemah pada mulanya dia bahkan tidak dapat mengangkat lehernya ketika berada di atas katil.

Iris Ng|Facebook 

Jarrod menjalani terapi.

Iris Ng|Facebook 

Inilah keadaan kaki Jarrod setelah sembuh.

Iris Ng|Facebook 

Jarrod bersama adiknya.

Iris Ng|Facebook 

Pencegahan merupakan langkah yang paling terbaik. Amalkan gaya hidup yang sihat seperti menjaga kebersihan diri dan mengambil vaksin bagi melindungi diri daripada penyakit bawaan virus.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular