Ahli bina badan yang juga merupakan jurulatih kecergasan berumur 37 tahun bukanlah seorang insan yang asing lagi di Taiwan. Hal ini kerana, beliau sering diundang ke rancangan televisyen.

筋肉媽媽|Facebook

Namun baru-baru ini, isterinya yang juga merupakan jurulatih kecergasan berkongsi di laman Facebook di mana suaminya didapati menghidapi strok, walaupun selama ini kelihatan sihat.

筋肉媽媽|Facebook

Menurut wanita berkenaan, pada suatu hari, ketika suaminya sedang menidurkan anak mereka, dia masuk ke bilik dan perasan bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada suaminya dan memutuskan untuk menghantar suaminya berjumpa doktor.

Ketika itu, suaminya diarahkan untuk menjalani imbasan otak. Hasilnya, beliau didiagnosis dengan embolisme otak – satu keadaan gumpalan darah yang terbentuk di tempat lain dalam badan pecah dan bergerak ke otak melalui aliran darah.

Keadaan bertambah genting apabila suaminya menunjukkan tanda-tanda kritikal dan perlu dimasukkan ke wad unit jagaan rapi (ICU) namun ia sama sekali tidak melemahkan ibu cekal tersebut. Dia perlu kuat untuk terus menjaga anak dan suaminya.

Pemeriksaan doktor menunjukkan bahawa lemak dalam darah, kolestrol, tekanan darah dan tahap lemak visceral  pesakit adalah normal, namun mengaitkan keadaan pesakit dengan sejarah kesihatan keluarga- iaitu masalah pembekuan darah dan sehingga kini ibunya itu mengambil ubat bagi mengawal kelancaran vaskular celebral.

Manakala, terdapat beberapa anak saudara yang meninggal ekoran serangan strok. Salah seorang daripada mereka hanya berusia dalam kalangan 20-an.

Pesakit menyangka bahawa latihan kecergasan dan kekuatan fizikal dapat menjamin kesihatannya, maka kerap kali tidur lewat, letih dan kurang tidur. Pesakit difahamkan tidak mendapat tidur yang mencukupi (kurang 6 jam dalam sehari), tidur selewat pukul 3 pagi, bangun pada pukul 6 pagi.

Kini, pesakit sedang dalam proses pemulihan dan syukurlah kerana tubuhnya menunjukkan kesan positif dan dapat sembuh dengan cepat. Mereka juga kini mengamalkan waktu tidur yang mencukupi selain menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Walaupun menghadapi saat sukar, wanita terbabit berasa cukup bertuah kerana suaminya dapat diselamatkan dan tiada apa yang lebih membahagiakan mereka selain berpeluang untuk bersama dengan keluarga semula.

Sumber: 筋肉媽媽|Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI KESIHATAN

Video Popular