Akibat terlalu memanjakan anak dengan makanan, seorang ibu terpaksa menjalani siasatan jenayah kerana kematian anaknya yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

Gambar hiasan. Kredit: Unsplash

Remaja lelaki yang berusia 13 tahun dan meninggal dunia pada April 2015 itu dilaporkan pernah mempunyai berat badan sebanyak 30kg ketika berumur 3 tahun, dan kiraan indeks jisim badannya telah mencapai 99.6. Remaja lelaki itu dilaporkan telah dimasukkan ke hospital pada Februari 2015 dan dilaporkan mempunyai sejarah penyakit kardiomiopati terdilat (dilated cardiomyopathy), trombosis dan masalah obesiti yang melampau.

Walau bagaimanapun, para doktor tidak boleh menjalankan pembedahan kerana berat badannya yang terlalu berlebihan dan berisiko tinggi.

Gambar hiasan. Kredit: Unsplash

Dua bulan sebelum dimasukkan ke hospital, remaja itu ada pergi berjumpa dengan doktor untuk bertanya tentang masalah kulit kepalanya. Selain itu, dia juga ada bertanya tentang masalah sakit sendi yang dialaminya dan ingin tahu sama ada masalah itu berkaitan dengan berat badannya atau tidak. Walau bagaimanapun, dia dilaporkan tidak kembali untuk sesi temu janji seterusnya dan keadaan kesihatannya semakin merosot sehinggalah akhirnya dia terpaksa dimasukkan ke hospital.

Sepanjang tempoh rawatan di hospital, ibu remaja berkenaan bukan sahaja melayannya dengan rasa gembira, malah selalu membawa makanan berkalori tinggi buatnya. Remaja itu juga sering bertindak agresif kepada para pekerja hospital.

Gambar hiasan. Kredit: Unsplash

Dilaporkan, sepanjang tempoh persekolahannya, ibu remaja itu akan memberikannya makanan yang tinggi dengan kalori (iaitu lebih daripada 2,000 kalori) sebelum makan tengah hari, termasuklah makanan bawa pulang yang tinggi kalori sebagai sarapan yang kedua.

Menurut ibu remaja berkenaan, anaknya tidak mahu menurunkan berat badan, dan dia sangat malas dan tidak suka untuk mata pelajaran pendidikan fizikal.

Gambar hiasan. Kredit: Unsplash

Tetapi, pihak sekolah sebaliknya menyatakan bahawa remaja berkenaan adalah seorang remaja yang “ramah dan periang”, selain daripada memaklumkan bahawa remaja itu meminta pihak sekolah merahsiakan dari pengetahuan ibunya bahawa dia sebenarnya ada bersenam di sekolah.

Walaupun ibu remaja itu telah menjalani siasatan jenayah, namun, masih belum ada apa-apa tindakan undang-undang yang diambil ke atasnya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular