JAKARTA – Presiden ketiga Republik Indonesia, Bacharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie) dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 6.05 petang kelmarin (waktu tempatan) di usia 83 tahun di ibu negara berkenaan.

Berita duka tersebut disahkan oleh anak lelakinya, Thareq Kemal. Allahyarham difahamkan telah menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto di samping ahli keluarganya.  

DASRIL ROSZANDI/AFP/Getty Image

Sejak 1 September lalu, Allahyarham yang mengalami pelbagai masalah kesihatan telah mula menjalani rawatan secara intensif daripada pasukan Doktor Kepresidenan Indonesia hospital berkenaan.

Pada bulan Mac tahun 2018, Allahyarham pernah menerima rawatan di Munich, Jerman ekoran komplikasi berkaitan paru-paru dan jantung.

Selain itu, Allahyarham turut mengalami ‘asphyxia’ – keadaan di mana terdapat halangan oksigen di dalam tubuh yang boleh menyebabkan pesakit tidak sedarkan diri, lemas dan akhirnya meninggal.

Allahyarham yang lahir pada 25 Jun 1936, mula berkhidmat sebagai Presiden bagi menggantikan Suharto pada 21 Mei 1998 hingga 20 Oktober 1999.

Sumber: Astro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular