NEW YORK – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan bakal mengharamkan vape atau produk e-rokok berperisa ekoran berlakunya kes kematian rakyatnya akibat daripada penggunaan peranti rokok elektronik tersebut.

Alex Wong/Getty Images

Menurut rekod Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), dari tempoh 28 Jun hingga 20 Ogos tahun ini, terdapat sebanyak 193 kes berpotensi dicatatkan berlaku di 22 negeri Amerika Syarikat. Kes-kes ini melibatkan pesakit yang berusia di antara 17 hingga 38 tahun dilaporkan berpunca daripada penggunaan vape yang mengandungi tetrahydrocannabinol (THC) yang juga merupakan bahan aktif utama dalam ganja.

Sehingga kini, seramai enam orang maut di Amerika Syarikat selepas mengalami masalah pernafasan yang teruk, batuk, keletihan, muntah-muntah dan cirit-birit selepas menghisap vape. Sementara itu, sebanyak 450 kes melibatkan pengguna vape mengalami penyakit pulmonari yang serius, koma termasuk seorang pesakit yang terpaksa menjalani pemindahan paru-paru.

Gambar Hiasan | Olga Kononenko – Unsplash

Daniel Fox iaitu pakar pulmonari Carolina Utara memaklumkan bahawa hasil pemeriksaan ke atas pesakit mendapati kebanyakan daripada mereka mengalami radang paru-paru tidak berjangkit atau lipoid pneumonia. Punca kepada kejadian ini berkemungkinan besar akibat kemasukan minyak atau bahan yang mengandungi lipid ke dalam paru-paru.

EVA HAMBACH/AFP/Getty Images

Sementara itu, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) menegaskan bahawa majoriti pesakit mengaku menggunakan vape yang mengandungi kanabis sekali gus membongkarkan sindiket pasaran gelap yang menjual rokok elektronik mengandungi bahan THC secara haram.

“Pada masa ini, semua perisa rokok elektronik selain daripada perisa tembakau akan dikeluarkan dari pasaran,” kata Alex Azar, Setiausaha Perkhidmatan Manusia dan Kesihatan.

Berdasarkan kajian pada tahun 2018, menyatakan bahawa walaupun rokok elekronik tidak mengandungi 7,000 bahan kimia berbahaya seperti yang terkandung di dalam rokok biasa, terdapat beberapa bahan yang dikenalpasti mengandungi logam dalam asap rokok elektronik.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular