Kita semua sedia maklum bahawa makanan mentah seperti sushi adalah variasi makanan yang disyaki menjadi penyebab utama kepada penyakit berkaitan parasit, bakteria dan keracunan makanan. Sajian yang berasal dari Jepun tetapi kini semakin mendapat tempat di hati masyarakat seluruh dunia seperti sushi dan sashimi menjadi faktor utama kepada penyebaran spesies parasit yang boleh menjangkiti manusia.

Gambar Hiasan | Juliano Kochhann – Pexels

Jika anda merupakan salah seorang penggemar makanan mentah, anda mungkin perlu melakukan pemeriksaan kesihatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti mana yang berlaku kepada lelaki ini. ET Today melaporkan bahawa seorang lelaki yang berasal dari Fuzhou, Fujian (China) telah disahkan dengan satu keadaan penyakit yang serius dan agak menggelikan!

Dikenali sebagai Lim, lelaki ini dikhabarkan telah mendapatkan rawatan di hospital selepas mengalami demam panas mencecah 39°C dan batuk berkahak yang berlanjutan selama 10 hari. Hasil pemeriksaan dan imbasan sinaran X, doktor mendapati organ hati Lim dipenuhi dengan cacing parasit Chonorchis sinensis yang masih hidup dan dia juga disahkan menghidap barah hati.

Gambar Hiasan | freestocks.org – Pexels

Lebih menakutkan lagi, spesies parasit yang hidup di dalam badan Lim ini dikatakan mempunyai jangka hayat yang lama mencecah sehingga 20 ke 30 tahun! Kes ini dikatakan sering berlaku di Asia terutamanya di Korea, China, Vietnam dan juga Rusia disebabkan oleh tabiat memakan hidupan laut yang mentah atau makanan yang kurang dimasak.

ET Today

Lim turut mengakui bahawa dia amat menggemari makanan laut yang segar dan mentah seperti sashimi dan udang yang belum dimasak. Gaya pemakanan ini telah diamalkan sejak tiga tahun lalu sekali gus menyebabkan Lim akhirnya terpaksa menanggung beban penyakit yang amat serius! Jelas Lim lagi, dia menyangka dengan meletakkan sapuan biji sawi (mustard) sebarang kuman dan bakteria yang wujud pada makanan ini dapat dihapuskan.

Gambar Hiasan |  rawpixel.com – Pexels

Meskipun berita ini agak mengejutkan, bukan semua orang khususnya penggemar sushi mampu untuk menyingkirkan hidangan yang enak ini daripada senarai makanan kegemaran masing-masing. Jika anda sangat suka menikmati kelazatan dan rasa segar makanan mentah, terdapat beberapa cara yang boleh diikuti bagi mengurangkan risiko parasit dan jangkitan bakteria. Antaranya:

  • Makan ikan mentah yang telah dibekukan pada suhu -20°C (sekurang-kurangnya seminggu) atau -35°C (15 jam). Tindakan ini tidak membunuh semua bakteria sebaliknya hanya menghentikan pertumbuhan spesies ini
  • Periksa keadaan ikan sama ada ia ikan yang segar atau tidak
  • Dapatkan bekalan ikan dari penjual ikan atau restoran yang mengendalikan bahan mentah ini dengan betul
  • Jangan makan ikan yang sudah berbau
  • Bersihkan tangan sebelum memegang ikan bagi mengelakkan penyebaran kuman
  • Bersihkan alat perkakas dapur seperti pisau dan papan pemotong

Sebagai pengajaran, anda mungkin perlu segera mengadakan temujanji dengan doktor sekiranya anda adalah seorang penggemar makanan mentah. Hal ini kerana simptom kepada jangkitan parasit ini seperti sakit perut, demam, muntah dan cirit-birit seringkali membuatkan pesakit keliru dan tidak mendapatkan rawatan yang lebih lanjut.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular