KUALA  LUMPUR: Pengunjung yang mahu melihat secara dekat cheetah kini tidak perlu ‘melabur’ banyak wang untuk melancong ke luar negara bagi melihat spesies haiwan yang semakin pupus di dunia kerana binatang berkenaan ada di negara kita sendiri.

Kini pengunjung berpeluang melihat Bolt, anak cheetah yang dilahirkan di negara ini yang kini berada di bawah jagaan Zoo Negara.

Bolt adalah anak kepada Tianna, yang merupakan cheetah yang dibawa ke Zoo Negara sebagai pertukaran haiwan antara pusat pemeliharaan haiwan Afrika Selatan dan Zoo Negara.

Pada Februari tahun lalu, sepasang cheetah dari Afrika Selatan iaitu Tyson dan Tianna dibawa untuk dijaga dan dipamerkan di Zoo Negara.

Kedatangan pasangan Cheetah berkenaan dilihat satu langkah untuk menambah kunjungan ke Zoo Negara.

Namun tanpa disedari Tianna yang tiba ke Malaysia ketika itu sedang bunting dan selamat melahirkan empat ekor cheetah di Zoo Negara.

Sayangnya hanya seekor bertahan dan hidup iaitu Bolt, yang dinamakan sempena manusia paling laju di dunia, Usain Bolt.

Uniknya, Cheetah pertama yang dilahirkan di Zoo negara memiliki kebolehan luar biasa.

Lebih menariknya Bolt merupakan antara 30 ekor cheetah yang ada di dunia buat masa ini.

Malah dari segi fizikal, Bolt juga kelihatan luar biasa dan tampil sangat berbeza dengan cheetah yang lain kerana memiliki bulu belakang badannya dan memiliki tompok hitam.

Kini Bolt menjadi tumpuan pengunjung sekali gus menambahkan bilangan pengunjung ke Zoo negara.

Sumber: NST, buzzkini

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular