Seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja demi memberi keselesaan dan kemudahan untuk keluarga yang tercinta.

Biarpun kemampuan terbatas, mereka akan tetap berusaha keras dalam menyediakan keperluan yang terbaik buat anak-anak.

Inilah yang dilakukan oleh seorang bapa di Filipina yang mengumpul wang syiling yang disimpan sejak beberapa lama untuk  membeli sepasang kasut dan menggembirakan hati anak lelakinya.

Seorang pengguna di laman Facebook berkongsi gambar yang menyaksikan seorang lelaki tua sedang mengira wang berkenaan di kaunter bayaran dalam keadaan yang menceriakan semata-mata untuk membeli sepasang kasut kepada anak lelaki.

Lebh menarik, anaknya ada bersamanya turut menyaksikan ayahnya sedang mengira wang ketika membeli barangan berkenaan di sebuah kedai.

Begitulah kasih seorang bapa yang sanggup melakukan apa sahaja demi menggembirakan orang di sekelilingnya.

Malah selagi mempunyai kudrat, seorang bapa pasti akan berusaha mahu menggembirakan hati di sekelilingnya.

Perkongsian tersebut yang dimuat naik dipercayai oleh jurujual dikedai tersebut mendapat pujian daripada netizen yang kagum melihat kesungguhan bapa kepada anaknya.

Semoga apa yang dilakukan si bapa mendapat balasan sewajar oleh anaknya suatu hari nanti.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular