2 September lalu, sebuah pesawat Air Asia yang membuat perjalanan domestik dari Kuala Lumpur ke Sandakan terpaksa dilencongkan ke Miri dan membuat pendaratan kecemasan apabila salah seorang penumpangnya yang sarat mengandung menunjukkan tanda-tanda ingin melahirkan.

Pesawat AK5194 yang menerbangkan seramai 130 penumpang dan enam anak kapal dilaporkan mendarat di Lapangan Terbang Miri sekitar jam 5.28 petang. Menurut Pengurus Lapangan Terbang Miri iaitu Zainal Abidin Harun, sebaik sahaja mendarat, penumpang wanita berkenaan segera dikejarkan ke Hospital Miri bagi pemeriksaan lanjut sebelum selamat melahirkan bayinya.

“Pesakit selamat dihantar ke hospital dan melahirkan bayi lelaki pada pukul 5.58 petang. Pesakit yang berasal dari Sandakan itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sandakan,” jelas Zainal.

Pesawat kemudiannya meneruskan perjalanan ke Sandakan pada jam 6.27 petang. Setinggi penghargaan dan ucapan syabas kepada semua kru penerbangan yang berjaya mengendalikan situasi tegang ini dengan jayanya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular