Selain memesan makanan berasaskan sotong, udang dan ikan, pasti peminat makanan laut akan turut memesan hidangan kekapis jika ke restoran ataupun kedai makanan laut, bukan? Namun, pernahkah anda terbayang bagaimana agaknya rupa kehidupan makhluk ini di dalam air?

Baiklah, jika anda tidak pernah melihat kehidupan kekapis atau lebih dikenali sebegai ‘scallop’ ini di laut, kami akan sertakan sebuah video yang dimuat naik oleh akaun Facebook news.com.au dibawah :

Video tersebut sebenarnya dirakamkan oleh seorang penyelam bagi menunjukkan kepada orang ramai akan pergerakan kekapis di dalam air. Apa yang menariknya, tidak seperti haiwan kerangan yang lain, kekapis boleh berenang.

Seperti yang kita biasa lihat, haiwan bercengkerang tidak kiralah di air tawar dan air masin, kebiasaannya bergerak di permukaan pasir sahaja. Namun, tidak bagi kekapis. Cengkerangnya yang nipis memudahkannya berenang dengan mudah.

FRED TANNEAU/AFP/Getty Images

Secara ringkasnya, kekapis atau nama saintifiknya, ‘moluska bivalvia’ berasal daripada keluarga Pectinidae yang hidup di perairan laut di seluruh dunia. Kekapis ini dianggap kerang yang paling selamat untuk dimakan secara mentah.

CHARLY TRIBALLEAU/AFP/Getty Images

Jadi, tidak hairanlah jika ia sering menjadi hidangan wajib jika ke restoran makanan laut. Jangan terkejut kerana kekapis juga menghasilkan mutiara namun hasilnya tidaklah seperti mutiara daripada tiram. Mutiara kekapis lazimnya agak kusam, kecil dan pelbagai warna.

Video berkenaan menerima kira-kira 1,700 komen daripada pengguna Facebook. Ada yang menyatakan kekesalan kerana memakan kekapis tetapi nampaknya sejumlah besar pengguna lebih gemar kekapis ‘berenang’ bersama bawang putih dan mentega!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular