Kek cawan adalah antara manisan yang menjadi kegemaran ramai. Saiznya yang tidak terlalu kecil dan besar bukan sahaja comel tetapi mudah dimakan. Kek cawan menjadi lebih menarik dengan hiasan dan warna yang cantik. Bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak, malah golongan yang berusia pun gemarkan kek cawan.

Gambar Hiasan | pxhere

Resipi kek cawan milo yang telah dimuat naik oleh Umie Sarah Qisya di Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) ini nampak menarik. Bahan-bahan yang digunakan pun mudah didapati. Mari kita pelajari resipi tersebut.

Bahan-bahan:

2 cawan milo

3/4 cawan tepung naik sendiri

3 biji telur saiz B

1/2 cawan minyak masak

3 sudu susu pekat manis

Sedikit esen vanila

1/2 sudu teh garam halus

Cara-cara membuatnya:

Campurkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati.

Masukkan adunan ke dalam acuan.

Bakar kek selama 25-30 minit pada suhu 170 darjah namun ikut ketuhar masing-masing.

Kredit: Umie Sarah Qisya

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular