Marvel Studios telah mendedahkan kostum adiwira yang akan dipakai oleh pelakon Korea Selatan, Ma Dong-Seok serta pelakon-pelakon yang lain dalam filem The Eternals kepada umum pada 24 Ogos yang lalu di D23 Expo 2019 yang bertempat di Anaheim, California.

Kesemua kostum adiwira dalam filem The Eternals yang akan dikenakan oleh Ma Dong-Seok serta pelakon-pelakon utama yang lain didedahkan kepada umum untuk pertama kali. Kostum Ma Dong-seok adalah berwarna hijau dengan corak emas.

Marvel Studios

Ma Dong-Seok yang terkenal menerusi filem Train to Busan akan memainkan peranan adiwira gagah, Gilgamesh. Gilgamesh dikatakan merupakan adiwira yang memiliki kekuatan sehebat dan setara Thor dan Hercules.

Walaupun dalam komik asalnya, Gilgamesh bukannya merupakan orang Asia, Marvel menyatakan bahawa mereka menyesuaikan karakternya dengan Ma Dong-seok.

Marvel Studios

The Eternals merupakan filem yang diilhamkan oleh watak komik hasil karya Jack Kirby. Filem ini digambarkan sebagai evolusi manusia yang memiliki kekuatan luar biasa dan jangka hayat yang lebih lama daripada manusia biasa.

Pelakon-pelakon utama adalah Angelina Jolie (Thena), Richard Madden (Ikaris), Salma Hayek (Ajak), Kumail Nanjiana (Kingo), Brian Tyree Henry (Phastos), Lia McHugh (Sprite), Ma Dong-Seok (Gilgamesh), Lauren Ridloff (Makkari), dan Barry Keoghan.

The Eternals merupakan salah satu filem baharu dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) untuk fasa keempat. Filem ini dijadualkan akan ditayangkan pada 6 November 2020.

Lihat kostum setiap watak adiwira filem The Eternals dalam video di bawah:

Sumber: Soompi, @MarvelStudios

Maybe you're interested :

Share

Video Popular