Baru-baru ini, pihak istana Thailand telah menyiarkan gambar gundik rasmi di-Raja ketika terlibat dengan urusan rasmi serta beberapa foto kandid dan santai.

Namun laman rasmi tersebut didapati tidak boleh diakses selepas beberapa jam ekoran menerima kenaikan trafik yang tinggi.

Raja Maha Vajiralongkorn bersama gundik di-Raja, Sineenat Wongvajirapakdi

Getty Images

Getty Images

Getty Images

abcnews

Sineenat Wongvajirapakdi, yang berusia 34 tahun telah dikurniakan gelaran gundik rasmi diraja (Chao Khun Phra Sineenatra Bilasakalayani) oleh Raja Maha Vajiralongkorn.

Gelaran tersebut diberikan selepas dua bulan Raja mengahwini Permaisuri Jeneral Sutida Vajiralongkorn, iaitu pada bulan Julai lalu.

Menurut BBC, Sineenat merupakan jeneral utama dalam tentera, juruterbang terlatih, bekas jururawat dan pengawal peribadi.

Foto gundik rasmi di-Raja, Sineenat Wongvajirapakdi

abcnews

abcnews

Getty Images

Getty Images

Secara ringkasnya, Raja Maha Vajiralongkorn, 67 tahun telah menaiki takhta pemerintahan di Thailand pada tahun 2016 setelah kemangkatan ayahandanya pada bulan Oktober 2016.

Raja Maha Vajiralongkorn yang turut dikenali sebagai Rama X, merupakan raja ke-10 dalam Dinasti Chakri Thailand. Ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej telah memerintah negara berkenaan selama 7 dekad sebelum mangkat di usia 88 tahun.

Sumber: SCMP

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular