Ruam boleh terjadi dalam pelbagai situasi. Sebahagian daripada ruam boleh menjadi serius, tetapi kebanyakannya adalah tidak merbahaya.

Ruam yang serius memerlukan rawatan perubatan yang segera sebelum melarat. Terdapat ruam yang dapat sembuh dengan cepat, manakala ada juga ruam yang mengambil masa lama untuk sembuh.

Ruam biasanya berwarna merah, kering, bersisik dan gatal. Ruam yang serius boleh menyebabkan pembengkakan dan kemerahan.

Seperti yang terjadi oleh wanita Thailand ini, ToqTaeq Kerdmee yang berkongsikan kisah tentang dirinya yang tiba-tiba mengalami ruam yang sangat gatal di seluruh badan.

Sebagai pekerja yang bekerja mengikut shift, dia mengalami masalah kitaran tidur. Dia kerap tidur lewat kerana sukar untuk tidur dan ia berlaku selama lebih 3 bulan.

Tiba-tiba kulitnya mengalami ruam yang gatal. Setelah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan, doktor mengatakan bahawa ia adalah akibat daripada gigitan serangga. Doktor tersebut tidak memeriksa dengan teliti dan terus memberikannya ubat sapu.

Ruam menjadi semakin teruk selepas dia makan makanan laut di majlis hari jadi kawannya. Bahagian belakang badannya mengalami ruam yang serius. Ruam tersebut membuatkannya sukar untuk tidur dan ubat yang diberikan oleh doktor sudah tidak efektif lagi.

ToqTaeq Kerdmee|Facebook

Keesokan paginya, dia mengalami demam. Jadi dia pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Kali ini dia berjumpa dengan doktor yang lain pula.

Doktor tersebut mengatakan bahawa dia mengalami alahan, mungkin alahan terhadap pelembut kain.

ToqTaeq Kerdmee|Facebook

Dia kemudian dirujuk kepada Institut Dermatologi dan doktor masih lagi mengatakan bahawa ia adalah alahan. Dia disuntik ubat. Berharap akan sembuh, dia pulang ke rumah untuk berehat.

Namun, pada malam itu ia menjadi semakin teruk, dia tidak dapat pakai baju kerana ruam tersebut semakin melarat dan terasa sangat gatal.

ToqTaeq Kerdmee|Facebook

Keluarganya bertindak membawanya ke hospital. Demamnya semakin teruk, suhu badannya mencecah 40.2 darjah celcius dan doktor membuat ujian darah untuk mengetahui punca yang sebenar.

Setelah mendapat keputusan ujian darah, doktor menyuntiknya dengan ubat yang sesuai dan dia diletakkan di bilik yang berasingan.

ToqTaeq Kerdmee|Facebook

Doktor mengatakan bahawa penyebab utama ruam terjadi di kulitnya adalah kerana dirinya yang tidak mendapat rehat yang mencukupi dan gangguan emosi yang serius. Setelah mendapatkan rawatan susulan, dia semakin beransur pulih.

Kisah ini memberi pengajaran kepada kita supaya sentiasa pastikan diri kita mendapat rehat secukupnya. Rehat yang tidak cukup akan membuatkan kita mengalami gangguan emosi yang dapat menjejaskan kesihatan kita.

Sumber: ToqTaeq Kerdmee|Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular