PUTRAJAYA: Polis mengesahkan telah menerima satu laporan daripada pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkaitan gangguan rangkaian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang berlaku baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah mengesahkan pihaknya menerima laporan polis berkaitan hal berkenaan yang dibuat seorang Pengurus Kanan Bahagian Teknologi Maklumat MAHB.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malaysia Airports (@malaysiaairports) on

“Ya, ada satu laporan polis dibuat Pengurus Besar Kanan Bahagian IT MAHB.

“Pihak kami akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Terdahulu akhbar melaporkan MAHB tidak menolak kemungkinan berlaku niat jahat berikutan kegagalan rangkaian system berkenaan pada 21 Ogos menyebabkan ribuan penumpang terjejas dan berlaku keadaan yang huru-hara.

Sebelum ini, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan, tiada sebarang aktiviti serangan siber dikesan setakat ini susulan insiden gangguan teknikal di KLIA.

NACSA menjelaskan siasatan awal yang dilaksanakan oleh MAHB mendapati kejadian ini disebabkan kegagalan perkakasan rangkaian.

Bagaimanapun Zulkifli berkata, setakat ini MAHB belum mengemukakan sebarang bahan bukti bagi mengaitkan unsur sabotaj terhadap sistem mereka.

Dalam pada itu Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, pihaknya menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan penuh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malaysia Airports (@malaysiaairports) on

Isnin lalu, Kementerian Pengangkutan mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Siasatan Isu Kegagalan Total Airport Management System (TAMS) KLIA susulan insiden gangguan sistem di lapangan terbang itu.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, jawatankuasa yang ditubuh secara pentadbiran itu bertujuan menyiasat punca sebenar insiden selain perancangan langkah penambahbaikan bagi mengelak ia berulang pada masa akan datang.

Jumaat lalu, Raja Azmi memaklumkan masalah teknikal yang berlaku sejak 21 Ogos lalu di KLIA disebabkan kegagalan rangkaian yang menyebabkan kemudahan WiFi, paparan maklumat penerbangan balai pelepasan dan kaunter daftar masuk bagasi terganggu.

Sumber: NST, Sinar harian

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular