FUJAIRAH: Seorang isteri dilapor meminta cerai kerana mendakwa bosan dengan sikap suaminya yang terlalu baik, rajin dan sering membelikan hadiah kepadanya.

Memetik laporan Khaleej Times Report, wanita berkenaan memberitahu mahkamah Syariah bahawa suaminya tidak pernah bergaduh dengannya, meninggikan suara kepada sepanjang tempoh perkahwinan serta melayan dengan sempurna.

PhotoAC/Gambar Hiasan

“Saya rasa rimas dengan cinta dan kasih sayangnya yang melampau. Dia juga membantu saya membersihkan rumah tanpa disuruh,” wanita itu memberitahu mahkamah syariah di Fujairah, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Wanita itu menjelaskan biarpun disayangi, namun mendakwa hidupnya ibarat ‘berada di dalam ‘neraka’ ekoran merasa bosan dengan layanan baik yang diberikan.

Dia dilaporkan mengadu cinta dan belas kasihan yang ditonjolkan oleh lelaki tersebut adalah berlebih-lebihan.

Keadaan tersebut, mendorong wanita yang baru melangsung perkahwinan dalam tempoh setahun itu memfailkan penceraian.

Wanita turut menjelaskan dia pernah merungut tentang berat badannya, suaminya juga ikut serta mengamalkan diet yang ketat dan rejim senaman yang menyebabkan dia patah kaki.

Katanya lagi, dia mahu kehidupan seperti orang lain yang mana perlu ada pertengkaran dalam kehidupan suami isteri, namun menyifatkan terlalu mustahil kerana suaminya romantik dan sering memaafkan segala perbuatannya.

“Saya sangat rindu nak bergaduh, tetapi ia mustahil kerana suami saya sangat romantis, selalu memaafkan saya dan membelikan pelbagai hadiah kepada saya setiap hari.

“Saya mahu ada perbincangan dalam rumahtangga, tak kisahlah kalau perlu bergaduh sekalipun. Saya tidak mahu kehidupan yang sangat mudah,” katanya lagi.

Bagaimanapun suaminya memohon mahkamah membatalkan permintaan perceraian itu.

“Tidak adil untuk menilai perkahwinan dari tahun pertama, dan semua orang belajar dari kesilapan mereka,” katanya.

Namun sehingga kini belum ada keputusan dari mahkamah dan kes itu masih berlangsung.

Sumber: Khaleejtimes, Astro Awani, Kosmo

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP GLOBAL

Video Popular