GEORGE TOWN: Seorang remaja berusia 13 tahun bertindak menggantungkan diri di dalam bilik air rumahnya selepas dipercayai mengadu mempunyai banyak kerja sekolah yang perlu diselesaikan.

Kejadian berlaku kira-kira 10.55 malam, 24 Ogos lalu di flat Jalan Paya Terubong, Taman Sri Relau.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan satu itu dikatakan masuk ke dalam bilik air rumahnya untuk mandi.

Namun, selepas 30 minit berlalu, remaja itu dikatakan masih tidak keluar dari bilik air menyebabkan bapanya mula curiga sebelum cuba membuka pintu bilik air.

“Sebaik berjaya membuka pintu bilik air, lelaki itu mendapati anaknya dalam keadaan tergantung dengan kain tuala sebelum mangsa diturunkan dan diberikan bantuan pernafasan oleh ayahnya.

“Mangsa dikatakan muntah sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulans,” katanya dalam kenyataan yang dipetik Astro Awani.

Remaja itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dengan menaiki ambulans sebelum dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Bagaimanapun, doktor yang membuat pemeriksaan mendapati remaja itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

Terdahulu, remaja itu pernah merungut mempunyai banyak kerja sekolah dan kurang berminat untuk belajar.

Selain prestasi pelajarannya yang agak lemah.

Che Zaimani berkata, soal siasat bersama ibu bapa mangsa juga mendapati, mangsa sering mengadu terlalu tertekan untuk belajar.

Ibu mangsa berusia 51 tahun memberitahu, pada sambutan Hari Ibu Mei lalu, anak bongsu daripada dua beradik itu sempat menulis sepucuk surat meluahkan rasa sayang dan terima kasih kepadanya.

Malah, polis turut menemui sekeping nota yang ditulis remaja itu yang mengatakan dia mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang menjaga selama 13 tahun

Che Zaimani berkata, pemeriksaan pada tubuh badan mangsa tidak menemui sebarang kesan pergelutan atau kecederaan.

Manakala di kawasan sekitar lokasi kejadian juga tidak menemui sebarang senjata.

Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat menggantung diri dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, tiada unsur jenayah ditemui pada fizikal remaja berkenaan,” katanya.

Sumber: Astro Awani, Free Malaysia Today

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular