Malang tidak berbau, begitulah pepatah melayu yang paling sesuai dengan satu kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak pada 17 Julai yang lalu.

Ismael Haris/Facebook

Berdasarkan sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuatnaik oleh Ismael Haris di laman Facebook, sebuah kenderaan dirakam meletakkan kenderaannya di salah sebuah petak mengisi minyak di stesen itu dan pemandunya keluar dari kereta dan menuju ke kaunter untuk pembayaran minyak. 

Ismael Haris/Facebook

Walau bagaimanapun, selang beberapa saat setelah pemandu pergi ke kaunter, seorang lelaki yang sudah sedia menunggu di bahagian tepi stesen minyak segera menuju ke kereta pemandu berkenaan dan terus membawa lari kereta berkenaan.

Ismael Haris/Facebook

Ismael Haris/Facebook

Menyedari keretanya dilarikan, pemandu berkenaan berlari dan cuba untuk memberhentikan keretanya yang telah dicuri itu namun gagal kerena pencuri itu segera meninggalkan kawasan stesen minyak.

Hal ini dipercayai berlaku kerana pemandu tidak mematikan enjin kereta dan tidak mengunci kereta sebaik sahaja tiba di stesen minyak itu. Perkara ini seterusnya telah memberi ruang yang luas buat pencuri untuk menjalankan misinya dengan segera.

Ismael Haris/Facebook

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telah mendapat lebih daripada 2,500 sukaan dan 23,096 kongsian. Di bahagian komen pula, ramai pengguna yang mengambil iktibar dari kejadian ini ada juga antaranya yang berkongsi pengalaman peribadi.

Ismael Haris/Facebook

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematikan enjin kenderaan ketika di stesen minyak dan mengunci kenderaan sebelum menuju ke kaunter pembayaran. Walaupun sedikit rumit, namun, setidak-tidaknya keselamatan kita sentiasa terjamin, terutamanya jika kita meninggalkan keluarga di dalam kereta.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular