KUALA LUMPUR: Restoran McDonald’s Malaysia menukar papan tanda restorannya di Bukit Bintang kepada Mekdi, slanga tempatan bagi singkatan perkataan McD.

Sering dipanggil menerusi nama pendek ‘McD’, Mcdonald’s Malaysia mengambil inisiatif jiwa Malaysia dengan menggunakan nama ‘Mekdi’.

Memetik laporan New Straits Times (NST), selama 37 tahun makanan segera ini bertapak di tanah air, rakyat Malaysia sentiasa memberikan sokongan yang tidak putus.

Cawangan berkenaan juga adalah restoran McDonald’s yang pertama di Malaysia dan dibuka pada 1982.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasarannya, Melati Abdul Hai berkata, penukaran nama Mekdi akan digunakan untuk tempoh sementara sahaja sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Katanya, sepanjang 37 tahun rakyat Malaysia telah membantu membangunkan jenama McDonald’s Malaysia seperti yang dikenali hari ini.

“Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan pelanggan, kami telah memutuskan untuk menerima pakai nama panggilan mesra Mekdi yang diberikan kepada kami, di mana ia kini sinonim dengan jenama McDonald’s.

“Jadi, kami berhasrat untuk menukar nama jenama kami kepada nama panggilan kegemaran rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan yang dipetik NST baru-baru ini.

Namun penukaran nama Mekdi itu hanya diguna pakai di cawangan McDonald’s Bukit Bintang sahaja yang merupakan lokasi pertama jenama ini bertapak di Malaysia.

Dalam masa sama Melati berkata, sempena meraikan Bulan Kebangsaan, McDonald’s Malaysia menyambut segala yang berkaitan Malaysia dengan memperkenalkan Nasi Lemak McD, hidangan kegemaran ramai rakyat Malaysia dalam versinya tersendiri.

Malah, menyedari populariti nasi lemak di kalangan rakyat Malaysia, McDonald’s Malaysia juga memulakan petisyen di seluruh negara di laman web Change.org supaya nasi lemak diiktiraf secara rasmi sebagai hidangan kebangsaan Malaysia, dengan sasaran mengumpul 1 juta tandatangan menjelang Hari Malaysia pada 16 September nanti.

Sumber: NST, Astro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular