SAO PAULO: Jumlah kebakaran hutan di Brazil dilaporkan meningkat dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, ketika Presiden Jair Bolsonaro berdepan kritikan berhubung kemusnahan kawasan hutan Amazon.

Data rasmi Institut Kajian Penyelidikan Angkasa Kebangsaan (INPE) menunjukkan hampir 73,000 kes kebakaran direkodkan antara Januari hingga bulan ini, berbanding 39,759 sepanjang tahun lalu.

Perkembangan itu adalah peningkatan lebih 80 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Angka itu adalah yang tertinggi dicatatkan sejak 2013.

CARL DE SOUZA/AFP/Getty Images

“Apa yang kita saksikan adalah susulan peningkatan aktiviti penebangan hutan yang boleh dilihat menerusi jumlah direkodkan baru-baru ini,” kata wakil Program Amazon Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF), Ricardo Mello.

Insiden kebakaran hutan dilaporkan meningkat menjelang berakhirnya musim kemarau, iaitu akhir Oktober atau awal November, ketika hutan dibersihkan untuk dijadikan kawasan tanaman atau pembinaan jalan raya.

Keadaan semakin serius dan kemusnahan semakin nyata menyebabkan api semakin marak dalam rekod masa yang pantas di hutan hutan Amazon ketika ini.

Sementara saintis memberi amaran hal itu akan menjejaskan segala usaha untuk mengatasi masalah perubahan iklim.

Sering digelar sebagai paru-paru untuk planet Bumi, hutan Amazon menghasilkan 20 peratus oksigen dalam atmosfera.

Peranannya sangat penting dalam melambatkan kesan pemanasan global, selain menjadi rumah untuk spesies flora dan fauna yang tidak terkira jumlahnya.

CARL DE SOUZA/AFP/Getty Images

Secara kasar, saiz hamparan hutan terbesar dunia itu adalah separuh keluasan Amerika Syarikat.

Sejak lebih seminggu yang lalu, pelbagai imej dan video ‘mengerikan’ sudah tersebar di susur masa media sosial.

Kepulan asap memenuhi ruang udara sementara api terus marak hingga meninggalkan sisa hutan yang hangus dan hitam.

Kebakaran itu bukan hanya sahaja membahayakan hutan sebaliknya haiwan juga terancam.

Asap sudah berarak tebal sehingga ke Sao Paolo, yang terletak 1,700 batu jauhnya dari titik kebakaran. Gambar yang diambil dari bandar itu menunjukkan langit dalam keadaan suram dan gelap walaupun p[ada waktu tengah hari, kerana sinaran marahari ditutup asap dan debu.

CARL DE SOUZA/AFP/Getty Images

Program satelit Kesatuan Eropah (EU), Copernicus, menunjukkan litupan asap tebal akibat kebakaran yang bermula di Brazil hingga ke timur pesisir Atlantik, malah menyekubungi hampir separuh negara itu.

Keadaan itu dikhuatiri bakal melepasi sempadan Peru, Bolivia dan Paraguay.

Amazon merentangi beberapa negara Amerika Selatan itu, namun lebih daripada dua per tiga hutan hujan itu berada di Brazil.

Menurut  INPE, kawasan seluas lebih daripada satu setengah padang bola boleh musnah setiap minit setiap hari.

Pengguna media sosial di seluruh dunia menyuarakan kebimbangan itu di dunia maya dengan pelbagai hashtag digunakan antaranya #AmazonFires dan #SaveAmazonRainforest memenuhi ruang media sosial hingga mencecah 1.3 juta.

Bruna Prado/Getty Images

Oleh kerana kepulan asap yang tebal, awan menjadi gelap dan kelam pada waktu siang di bandar besar iaitu bandar terbesar Brazil.

Kini bandar kelihatan seperti malam dengan kepulauan asap yang bakal membahayakan nyawa semua orang.

Sumber: NST, Sinar Harian, Berita Harian

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular