SEPANG: Gangguan sistem rangkaian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sudah dipulihkan dan keadaan bertambah baik dengan kesesakan di lapangan terbang itu berkurangan serta orang ramai yang beratur di kaunter daftar masuk secara terkawal.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menerusi kemas kini dalam Instagram rasmi memaklumkan, sistem di kaunter daftar sudah tidak lagi menggunakan kaedah manual berikutan tindakan Malaysia Airports menangani masalah dengan menggantikan peralatan rangkaian selepas ia dikenal pasti punca kegagalan rangkaian dan sistem.

 

View this post on Instagram

 

Latest Update on Systems Disruption at KL International Airport as of 8:00PM. #MYairportsupdates

A post shared by Malaysia Airports (@malaysiaairports) on

“Setakat jam 11 pagi, gangguan rangkaian berjaya dipulihkan, pihak kami akan terus memantau kestabilan sistem rangkaian di KLIA,” kata MAHB menerusi Instagram rasmi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia Raja Azmi Raja Nazuddin dalam satu kenyataan berkata, sejak penggantian peralatan rangkaian terdapat kemajuan dalam kestabilan rangkaian.

“Sistem kritikal di terminal utama KLIA kebanyakannya kini berjalan dengan lancar,” katanya yang dipetik Bernama.

Sementara itu tinjauan mendapati keadaan kesesakan  di KLIA berkurangan dan orang ramai yang beratur di kaunter daftar masuk adalah terkawal.

 

View this post on Instagram

 

We are glad to see smooth passenger flow at the terminal right now. Stay with us for further updates. #MYairportsupdates

A post shared by Malaysia Airports (@malaysiaairports) on

Sistem utama lapangan terbang seperti sambungan WiFi, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS), kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS) kembali berfungsi seperti sedia kala .

Semalam, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, masalah gangguan sistem dialami di KLIA sejak 21 Ogos lalu disebabkan kegagalan rangkaian.

Sebelum ini, wujud pelbagai kemungkinan termasuk serangan siber berkaitan gangguan Sistem Pengurusan Keseluruhan Lapangan Terbang (TAMS) di KLIA.

Memetik Harian Metro, pakar keselamatan siber, Fong Choong Fook berkata, pihaknya tidak boleh membuat kesimpulan berkaitan gangguan berkenaan memandangkan tiada maklumat konkrit didedahkan MAHB.

Beliau menjelaskan terlalu awal untuk kita nyatakan gangguan yang berlaku itu adalah serangan siber kerana tidak mendapat maklumat yang jelas termasuk data keselamatan namun lapangan terbang sememangnya sasaran strategik untuk penggodam.

“Jika kita katakan bahawa berlaku masalah di dalam sistem, ia sudah dianggap sebagai insiden dalam keselamatan siber walau apa juga punca kepada masalah berkenaan.

“Perkara yang perlu diteliti adalah apakah gangguan itu berpunca daripada perkakasan sistem komputer yang bermasalah, sistem perisian, penyelenggaraan atau mungkin serangan siber,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif LE Global Services Sdn Bhd (LGMS) berkata, penggodam sememangnya menyasarkan lokasi strategik atau berkepentingan di dalam sesebuah negara.

Lapangan terbang adalah salah satu daripadanya memandangkan ia jaringan perhubungan antarabangsa dan turut membabitkan keselamatan penumpang.

“Bayangkan jika penggodam berniat jahat dengan melakukan kerosakan kepada sistem maklumat penerbangan dan keadaan itu memungkinkan sebuah kapal terbang berlanggar antara satu sama lain. Ini adalah senario kritikal yang akan berlaku,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro, NST, Malaysiakini

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular