KUALA LUMPUR- Siapa tidak gerun apabila berdepan ‘tetamu’ yang tidak diundang yang boleh membahayakan nyawa.

Sebaik sahaja menerima panggilan daripada seorang penduduk di Puchong, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bergegas ke lokasi kejadian yang disangka untuk menangkap ular di rumah penghuni berkenaan.

Namun reptilia yang disangka menyorok di dalam stor kediaman berkenaan rupanya bukan binatang berbisa sebaliknya bangkai seekor tikus.

Terdahulu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Hisam Mat Yasih berkata, pihaknya menerima panggilan  terdapat ular dalam stor di sebuah rumah di PU1, Taman Puchong Utama di sini kira-kira 10.24 pagi, Sabtu lalu.

Mohd. Hisam menambah, sebaik menerima panggilan dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong bergegas ke lokasi.

“Penghuni memaklumkan ternampak objek seperti ular dari celah pintu stor rumah dihuninya.

“Pemeriksaan dibuat anggota bomba dalam stor terbabit mendapati objek disangka ular itu rupanya ekor tikus,” katanya.

Namun jelas beliau haiwan terbabit didapati telah mati ketika ditemui.

Perkongsian mengenai insiden itu dimuat naik Facebook oleh Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dan menerima pelbagai emoji daripada pelayar Facebook.

Sumber: Sinar harian

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular