Bahaya ada di mana-mana. Jangan kata di luar rumah, di jalan raya atau di tengah lautan, di rumah sendiri pun kadang-kala bahaya boleh datang tanpa dipinta. Bayangkan rumah yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan kita tetapi lain pula yang berlaku. Pastinya akan meninggalkan sebuah memori mengerikan yang sukar untuk dilupakan oleh mereka yang mengalaminya.

Seperti pasangan suami isteri warga emas ini, mereka nampaknya terpaksa berhadapan dengan bahaya demi mempertahankan diri mereka. Benarlah kata orang air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Apa yang berlaku ialah pada awalnya semuanya nampak tenang. Si suami sedang duduk berehat di luar manakala si isteri ada di dalam rumah. Namun, siapa sangka keadaan menjadi huru-hara apabila muncul seorang lelaki bertopeng dan terus menjerut si suami dengan menggunakan tuala.

Pergelutan mula berlaku antara mereka sehingga tercetusnya bunyi bising. Mendengar bunyi bising di luar membuatkan si isteri terus keluar untuk membantu suaminya. Ketika itu juga mucul seorang lagi perompak membuatkan keadaan menjadi semakin mencemaskan.

Pasangan itu  nampaknya tidak berputus asa. Mereka mungkin sudah berusia tetapi mereka tetap mahu melindungi diri dan rumah mereka daripada menjadi mangsa perompak-perompak yang berparang tersebut.

Habis segala barang dan objek yang ada di sekeliling dibaling ke arah kedua-dua orang perompak tersebut sehingga membuatkan mereka akhirnya melarikan diri. Mujurlah pasangan warga emas tersebut dapat menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa perompak-perompak tersebut.

Tidak kira di mana jua, kita perlulah sentiasa berhati-hati. Pastikan rumah dikunci, tingkap ditutup rapat terutama ketika tiada orang di rumah dan jika mampu pasanglah penggera atau kamera litar tertutup supaya kita dapat berwaspada dengan bahaya yang datang.

Sumber: FACEBOOK

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular