Adakah anda sering mengantuk pada waktu pagi dan tidur siang lebih daripada kebiasaan? Kajian terbaru menunjukkan bahawa keadaan tidur siang yang berlebihan akan menyebabkan penurunan fungsi kognitif dan tanda awal penyakit Alzheimer atau keadaan nyanyuk.

Tanda awal perkembangan penyakit Alzheimer antaranya ialah bahagian otak yang membuat anda terjaga di siang hari akan mengalami kerosakan. Permulaan yang akan membuat anda tidur berlebihan sehingga merosakkan memori dan ingatan. Dan oleh itu, tanda awal penyakit Alzheimer itu belum tentu menunjukkan anda mengalami demensia ringan atau terlupa dengan sendirinya.

Gambar Hiasan | Pixabay

Kajian terbaru daripada pengkaji dari Universiti California, San Francisco di Amerika Syarikat mendapati mereka menemui kerosakan pada bahagian otak si mati yang menghidap Alzheimer, dan bahagian ini menyimpan memori serta membuat manusia terjaga di pagi hari. Tetapi satu protein dikenali ‘Tau’ telah berkumpul di bahagian ini sehingga menyebabkan pesakit kehilangan memori.

Ini membuktikan bahawa protein ‘tau’ mungkin memainkan peranan lebih besar sebagai pencetus penyakit Alzheimer berbanding protein ‘amiloid’ yang selama ini disebut-sebut sebagai punca tercetusnya penyakit Alzheimer. Sehingga kini pakar masih tidak dapat menghasilkan ubat yang efektif dalam merawat Alzheimer walaupun mereka menjalankan penelitian terhadap protein amiloid.

Gambar Hiasan | Pixabay

Profesor Lea T. Grinberg yang merupakan pakar dalam bidang neurologi dan patologi di Memory and Aging Center serta anggota Global Health Institute, Universiti of California berkata, “Terdapat bukti secara pasti bahawa bahagian otak yang membuat kita terjaga mengalami penurunan disebabkan pengumpulan protein ‘tau’ dan ini adalah tanda awal kepada penyakit Alzheimer.”

Dalam analisa otak ke atas 13 pesakit Alzheimer yang meninggal dunia dan 7 pesakit lain yang tidak mengalami Alzheimer, mereka mendapati dan membuat kesimpulan bahawa  penyakit Alzheimer ternyata menyerang bahagian otak dengan fungsi untuk membuat manusia terjaga di siang hari. 

Bahagian otak yang terkena Alzheimer menunjukkan tumpuan protein ‘tau’ yang signifikan sehingga menyebabkan kehilangan 75 peratus neuron. Penemuan yang menunjukkan bahawa tidur siang yang berlebihan mampu menunjukkan simptom atau tanda awal penyakit Alzheimer.

Gambar Hiasan | Pixabay

Sementara seorang lagi pakar bernama Profesor Jun Oh menyebut dalam kajiannya, penelitian menunjukkan bukan sahaja bahagian otak tunggal menyimpan memori akan merosot, bahkan keseluruhan jaringan pembangunan bahagian otak untuk membuat kita terjaga atau tersedar di siang hari. 

Serangan awal pada bahagian otak yang membuat orang biasa spontan terjaga serta kerosakan penyimpanan memori akan membuat seseorang terus berasa mengantuk pada waktu pagi dan ia ada kaitan dengan tanda awal penyakit Alzheimer. Oleh itu, berhati-hati sekiranya anda tidur berlebihan di siang hari terutama pada waktu pagi.

Sumber : Science Daily

Maybe you're interested :

Share

Video Popular