Lebih 220 orang anggota pasukan bomba telah dikerahkan dalam operasi memadamkan kebakaran hutan yang berlaku di kawasan Pulau Evia yang terletak di bahagian Utara Greece semenjak semalam (13 Ogos).

Kebakaran itu dilaporkan berlaku pada kawasan rizab tanah semula jadi yang dipenuhi dengan pokok pain tebal, sekaligus menyukarkan akses anggota pasukan untuk memadamkannya melalui jalan darat.

ANGELOS TZORTZINIS/AFP/Getty Images

Justeru, operasi memadamkan kebakaran tersebut terpaksa menggunakan bantuan enam buah helikopter dan sebuah pesawat. Sementara itu, ratusan penduduk tempatan telah dipindahkan.

Milos Bicanski/Getty Images

Menurut Ketua Perbandaran Dirfys-Messapia, Yiorgos Psatha, seorang anggota bomba mengalami kecederaan kerana cuba melalui kawasan hutan tersebut dengan menaiki motorsikal. Tiga buah kenderaan juga difahamkan telah terbakar.

LOUISA GOULIAMAKI/AFP/Getty Images

Angin kuat yang pantas merebak, ditambah dengan asap tebal yang terhasil turut menyukarkan operasi memadamkan kebakaran dan pasukan bomba terpaksa bergelut dengan masa bagi mengawal kebakaran.

Dalam pada itu, pihak berkuasa turut memberi amaran kepada penduduk di kawasan terjejas – terutamanya warga emas, kanak-kanak dan pesakit saluran pernafasan kronik untuk sentiasa berada di rumah dan memasang penghawa dingin agar udara di rumah kekal bersih.

ANGELOS TZORTZINIS/AFP/Getty Images

Kebakaran hutan sememangnya kerap berlaku di Greece lebih-lebih lagi ketika masuk musim panas dan kering. Pada tahun lalu, lebih 100 orang mati ketika kebakaran hutan merebak dengan cepat di kawasan pantai Timur Laut Athens.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular