SEOUL: Impian seorang pemuda dari Indonesia untuk mengahwini gadis pujaan yang dikenali menerusi laman sosial tidak kesampaian selepas melihat secara dekat wajah wanita berkenaan tidak sama seperti yang dikenali sepanjang perkenalan mereka.

Memetik Tribunews, lelaki yang dikenali Yusuf bekerja sebagai Buruh Migran Indonesia (BMI) di Korea Selatan dikatakan berkenalan menerusi Facebook dengan seorang wanita cantik yang juga dari Indonesia tetapi bekerja di Taiwan.

TribunNews

Sepanjang percintaan selema dua tahun, pasangan itu sering berhubung namun tidak pernah sekali bersua muka.

Malah wanita berkenaan sering memuat naik gambar yang cantik sepanjang berhubung membuatkan Yusuf jatuh cinta.

Namun, menurut Yusuf dia tidak pernah bertemu dengan kekasih hatinya malah sering menolak jika mahu membuat panggilan video.

Katanya, wanita berkenaan akan menutup muka dengan cadar jika mereka membuat panggilan video.

TribunNews

Kata Yusuf lagi, kekasihnya juga mendesak untuk mengahwini dirinya bagi menghalalkan hubungan.

Demi membuktikan cintanya, Yusuf ‘sanggup’ terbang ke Taiwan untuk mengotakan janji bagi memperisterikan wanita berkenaan

Bagaimanapun, ketika majlis perkahwinan mereka, Yusuf terkejut apabila mendapati wajah kekasihnya itu jauh berbeza dengan gambar yang terdapat di Facebook.

Keadaan tersebut membuatkan Yusuf mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinan itu di saat akhir.

TribunNews

“Sebenarnya wanita itu sangat berusia mungkin sebaya dengan ibu saya atau lebih daripada itu, yang layak dipanggil nenek” ujar Yusuf yang terlalu trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya.

Kisah Yusuf mula tular di Internet baru-baru selepas lelaki itu menceritakan dan turut memuat naik gambar wanita itu dan ketika majlis perkahwinan mereka di Taiwan.

Lebih menyakitkan hati, Yusuf berkata dia juga mengalami kerugian kira-kira Rp10 juta (RM2,948) yang diminta wanita berkenaan untuk digunakan untuk kegunaan harian dan juga kos untuk pulang kampung.

“Ya saya kecewa dan kejadian ini menjadi pengajaran kepada saya,” katanya.

Sumber: TribunNews

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular