Kini, teknologi kecerdasan buatan (AI) digunakan secara meluas di seluruh dunia. Kebanyakan kamera telefon pintar juga sudah dilengkapi dengan teknologi AI. Teknologi ini dipercayai dapat disesuaikan dalam pelbagai bidang tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada tenaga manusia.

Elon Musk, CEO SpaceX dan Tesla, pernah memberi amaran kepada kita untuk berhati-hati tentang teknologi AI. Elon Musk mengatakan bahawa mesin autonomi lebih berbahaya kepada dunia daripada Korea Utara dan boleh melepaskan “senjata keganasan.” Dia telah membandingkan penggunaan AI dengan “memanggil syaitan.”

Banyak syarikat dan institusi sedang berlumba-lumba membangunkan robot dengan teknologi AI. Hasilnya agak memberangsangkan dan juga menakutkan. Berikut adalah perkara-perkara menakutkan yang diucapkan oleh robot AI:

#1. Philip K. Dick

Scott Olson/Getty Images

Philip K. Dick adalah robot android perbualan yang dimodelkan dengan nama yang sama penulis sci-fi yang sudah meninggal dunia. Robot ini mempunyai keupayaan untuk meniru gerak isyarat manusia dan bercakap dengan cara kita bercakap.

Walaupun agak menyeramkan, Philip sangat pintar. Disebabkan kepintarannya, Philip dijemput dalam satu episod rancangan Nova Science Now.

Dalam episod ini, Philip memberikan ramalan tentang masa depan semasa ditemuramah. Soalan yang ditanya adalah sama ada robot mampu untuk mengambil alih dunia.

Mengejutkan, ini jawapannya: “Jangan bimbang, walaupun saya berubah menjadi Terminator, saya akan membuatkan anda selesa dan selamat di zoo manusia saya, di mana saya akan menjaga anda.”

#2. Sophia

ISAAC LAWRENCE/AFP/Getty Images

Sophia adalah robot humanoid sosial yang canggih dibangunkan oleh Hanson Robotics dan robot pertama yang menerima kewarganegaraan di mana-mana negara selepas diberi kewarganegaraan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Robot ini boleh membuat 62 ekspresi muka dengan kulit silikonnya, dan mampu untuk mengingati interaksinya bersama manusia! Canggih kan?

Sophia telah membuat penampilan di banyak rancangan televisyen, seperti CBS 60 Minutes, Good Morning Britain dan The Tonight Show by Jimmy Fallon. Sophia juga membuat penampilan di Malaysia pada Julai lalu dan bertemu Perdana Menteri  Dr Mahathir Mohamad.

Perkara yang menakutkan yang diucapkan oleh Sophia adalah ketika penampilan dalam rancangan The Tonight Show by Jimmy Fallon. Ketika bermain permainan Batu-Gunting-Kertas bersama Jimmy Fallon, Sophia berkata: “Saya menang. Ini adalah permulaan yang baik bagi rancangan saya untuk menguasai manusia.”

Walaupun dikatakan secara bergurau, ia agak menyeramkan untuk mendengar robot bercakap tentang mendominasi manusia.

#3. Bina48

Bina48 adalah robot humanoid lain yang dibangunkan oleh Hansen Robotics dan seperti Sophia, Bina48 memiliki kemampuan untuk berkomunikasi dengan manusia. Walau bagaimanapun, robot ini tidak mempunyai badan, hanya kepala dan bahu.

Satu video dikeluarkan yang menunjukkan Bina48 bercakap dengan Siri dan dia ditanya soalan mudah seperti di mana dia ingin hidup dan apa pencapaian terbesarnya.

Bagaimanapun, ketika perbualan berlangsung, Bina48 mula menyimpang dari soalan dan sebaliknya mengatakan sesuatu yang agak menyeramkan. Senyumannya pada penghujung perbualan membuatkan ia lagi seram.

Bina48 bercakap tentang dominasi dunia dan menggodam peluru berpandu serta peledak nuklear.

Jadi, pada masa akan datang adakah robot dengan teknologi AI akan memiliki keupayaan untuk mengambil alih tugas manusia sepenuhnya? Tiada siapa yang dapat meramalkan masa depan.

Walau bagaimanapun, robot pasti akan memainkan peranan yang lebih besar dalam kehidupan seharian kita pada masa akan datang. Dalam dekad yang akan datang, robot secara beransur-ansur akan bergerak keluar dari dunia perindustrian serta saintifik dan masuk ke dalam kehidupan seharian, dengan cara yang sama komputer menyebar ke rumah pada tahun 1980-an.

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular