KUALA LUMPUR:  Berikutan kadar kemalangan melibatkan motosikal semakin meningkat saban hari, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencadangkan lorong paling kiri di lebuh raya dikhaskan untuk motosikal sahaja.Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, NGO berkenaan yang bertemunya turut mencadangkan laluan kecemasan khas untuk pengguna motosikal.

“Ada beberapa cadangkan bagaimana nak kurangkan kemalangan melibatkan penunggang motosikal. Bagi saya, ini adalah satu langkah yang positif dan kita menerima hakikat ini. Inilah situasi yang kita hadapi di Malaysia, di lebuh raya kita.

“Kita menerima cadangan tersebut. Kita dari kementerian akan melihat semua cadangan ini. Saya peka dengan keadaan ini dan akan melihat pilihan terbaik,” katanya  yang dipetik Astro Awani.

Terdahulu Baru menghadiri program Bicara Minda Sinar Harian di Auditorium Karangkraf.

Dalam masa sama Baru yang juga ahli Parlimen Selangau, Sarawak berkata, cara pemanduan seseorang juga perlu diubah berikutan kajian menunjukkan antara punca utama kemalangan adalah kecuaian individu itu sendiri.

“Daripada kajian yang telah dibuat, 65 peratus kemalangan di jalan raya melibatkan penunggang motosikal dan kemalangan berlaku kerana kecuaian.

“Ini adalah satu perkara yang penting, bermaksud cara kita gunakan jalan raya perlu ditukar. Ada beberapa NGO datang berjumpa saya dan saya cadangkan beberapa cara untuk kurangkan kemalangan terutamanya penunggang motosikal.

Sumber: Astro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular