MEXICO CITY – Gara-gara berang berikutan gagal menunaikan janji yang dibuat semasa kempen pilihan raya tahun lalu, Datuk Bandar di negeri Chiapas di sini diikat di sebatang tiang oleh sekumpulan penduduk baru-baru ini.

Kejadian malang berkenaan berlaku ke atas Datuk Bandar Siltepec, Pedro Gonzalez Arriaga ketika beliau mengadakan lawatan kerja di La Laguna.

MexicoNewsDaily

Ketika beliau tiba di pekan itu, penduduk mendesak supaya wang daripada tabung khas digunakan untuk menaik taraf jalan raya sepanjang dua kilometer seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Bagaimanapun cadangan itu ditolak oleh Arriaga dengan alasan wang dalam tabung berkenaan tidak mencukupi.

Beliau dalam masa sama memberitahu, kerja-kerja naik taraf jalan itu hanya mampu dilakukan sepanjang satu kilometer sahaja buat masa ini sambil berjanji akan mencari peruntukan tambahan demi memenuhi permintaan penduduk.

Keadaan bertukar menjadi kecoh selepas penduduk tidak puas hati dengan jaminan yang diberikan sebelum bertindak mengikat Datuk Bandar itu di sebatang tiang di dataran utama Siltepec.

Menurut penduduk setempat, mereka sanggup bertindak sedemikian selepas berasa dirinya tertipu dengan janji-janji manis Arriaga ketika menyampaikan manifesto dalam pilihan raya lalu.

Beliau juga gagal menunaikan janji termasuk memperbaiki sistem pengangkutan awam serta beberapa projek awam.

Arriaga dalam masa sama turut dituduh menggunakan dana awam untuk menghiasi pejabatnya.

Lebih memalukan selain diikat di sebatang tiang, Arriaga juga turut dibotakkan kepala.

Sumber: MexicoNewsDaily

 

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular