KUCHING: Kesungguhan seorang warga emas belajar membuat senapang menerusi enjin carian Google akhirnya memakan diri sendiri selepas dia ditahan polis, selasa lalu.

Memetik Harian Metro warga emas yang berusia 60 tahun dikatakan bersungguh-sungguh mempelajari cara pembuatan senapang angin untuk keselamatan dirinya.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Gani berkata, selepas menerima maklumat kira-kira 6.45 petang sepasukan anggota dari Balai Polis Sekama dikerah menyerbu rumah kedai di Jalan Mendu dekat sini.

“Hasil pemeriksaan, kami menjumpai tiga laras senapang angin buatan sendiri dan beberapa biji guli dipercayai digunakan sebagai peluru, ujarnya yang dipetik Harian Metro.

Mengulas lanjut, Awang Din berkata, suspek membuat senapang angin untuk keselamatan diri dan barang yang ditemui turut dirampas serta dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.

Hasil siasatan awal mendapati suspek yang tinggal bersendirian dan bekerja sebagai pekerja am itu turut mempunyai rekod kesalahan lampau.

Suspek kini ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 8(A) Akta Senjata Api 1960.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular