IBERIA: Seorang lelaki dikenakan denda sebanyak 45,000pound (RM 209,358) selepas didapati bersalah melemparkan sebuah peti sejuk lama di Tebing Almeria, Semenanjung Iberia, baru-baru ini.

Jurucakap Majlis Perbandaran Sepanyol berkata, lelaki berkenaan boleh dikenakan hukuman lebih teruk kerana terlibat jenayah alam sekitar.

Terdahulu, lelaki berkenaan yang dikenali Mario itu dikesan membuang sebuah mesin basuh lama di lereng bukit, tenggara bandar Sepanyol.

Video perbuatan tidak bertanggungjawab itu menjadi tular selepas dimuat naik di Twitter pada 31 Julai lalu.

Perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut dikesan pihak berkuasa Sepanyol selepas mengenal pasti nombor lessen yang didaftarkan.

Dalam video berkenaan, turut kedengaran seorang lelaki yang tergelak sambil menyebut ‘jom kitar semula’ dalam bahasa Sepanyol sambil diikuti suara gelak ketawa daripada beberapa orang di sekeliling yang kemungkinan menjadi saksi dalam perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut.

Memetik laporan The Guardian, Mario kemudian itu berjaya ditahan pihak berkuasa tetapi pihak berkuasa tidak menetapkan saman terhadap lelaki berkenaan sebaliknya meminta dia bertanggungjawab dan mengutip semula barangan yang dibuang di kawasan bercerun berkenaan.

Sebagai memberi pengajaran, pihak berkuasa Sepanyol merakamkan aksi mengutip semula barangan yang dibuang di cerun yang curam.

Sementara itu, pihak Berkuasa Perbandaran Sepanyol melahirkan rasa kagum dan berterima kasih dengan tindakan Seprona, agensi penguatkuasaan undang-undang perlindungan alam sekitar yang bertindak memberi hukuman kepada pelaku yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di kawasan yang tidak sepatutnya.

Sementara itu, Mario memberitahu akhbar tempatan, Diario de Almerio, hukuman yang diterima “lebih teruk daripada pembunuh, ahli politik dan pencuri” malah menyesal dengan perbuatan yang dilakukan.

“Saya sangat menyesal dengan perbuatan yang dilakukan sebelum ini.” ujarnya.

Sumber: Newyorkpost., Say.com

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular