Dengan perkembangan teknologi pada masa ini, semakin ramai orang yang mula mengetahui tentang kebaikan dan kelebihan makanan organik.

Maka, kemasukan makanan organik juga seperti “cendawan yang tumbuh selepas hujan” dari tahun ke tahun disebabkan oleh permintaannya yang semakin meningkat.

Walau bagaimanapun, masih ramai yang belum tahu bahawa kebanyakan daripada makanan organik yang berada di pasaran adalah dari keluaran negara China.

Hal ini terjadi kerana penawaran yang tidak mencukupi tidak dapat menampung permintaan yang semakin meningkat. Jadi, jalan penyelesaiannya adalah dengan membawa masuk makanan organik dari China.

Tetapi, tanpa kita sedari, sebenarnya makanan organik dari China mempunyai sisi gelapnya yang tidak diketahui ramai. Oleh sebab itulah menerusi entri ini kami akan berkongsi dengan anda 5 perkara penting yang perlu anda tahu sebelum membeli makanan “organik” dari China.

1. Masalah peraturan alam semula jadi yang sangat besar

Gambar sekadar hiasan. Getty Images | PETER PARKS/AFP

“Organik yang disahkan” adalah label yang agak berat tanggungjawabnya buat negara China. Pengeluar makanan tidak dibenarkan untuk menggunakan racun perosak, racun rumput rampai, logam berat, atau toksin pada tanaman mereka, tetapi peraturan-peraturan ini dalam masa yang sama telah membelakangkan faktor luar alam sekitar seperti masalah pencemaran.

Oleh itu, kelemahan peraturan ini telah menyebabkan munculnya masalah pencemaran alam sekitar yang dalam masa yang sama boleh memberi kesan kepada tanaman. Dan, pastinya, racun dari pencemaran alam sekitar tentu tidak akan ditulis pada label makanan.

2. Hasil makanan ‘organik’ dari China dibasuh dengan menggunakan air yang sangat tercemar

Gambar sekadar hiasan. Getty Images | MARK RALSTON/AFP

Ketua Kementerian Sumber Air China mendedahkan bahawa hingga 40 peratus daripada sungai-sungai di negara itu telah “tercemar dengan serius,” seperti yang dilaporkan oleh The Guardian.

Tasik tidak terkecuali dan pencemaran dapat dilihat dengan jelas; airnya sering mengandungi tumbuhan alga, dalam masa yang sama menjadikan permukaan air kelihatan “terang dan hijau.”

Bergantung kepada bahagian mana makanan organik anda ditanam, kemungkinan makanan anda dibasuh dengan air yang tercemar ini adalah sangat tinggi.

3. Beberapa pembekal telah memalsukan label makanan organik

Gambar sekadar hiasan. Getty Images | PETER PARKS/AFP

Pada tahun 2011, Institut Cornucopia telah mengenal pasti syarikat Cina yang tidak disahkan yang memalsukan sijil organik. Sijil palsu ini telah digunakan untuk meluluskan soya bukan organik, bijirin, dan gandum di bawah pemantauan pihak berkuasa.

Walau bagaimanapun, adakah makanan ini berjaya lolos ke pasaran luar? Teruskan membaca.

4. 70 peratus daripada produk ‘organik’ China melangkau pemeriksaan rasmi

Gambar sekadar hiasan. Alex Ogle/AFP/Getty Images

Dilaporkan, Pusat Pengesahan Makanan Organik China (COFCC) hanya memeriksa 30 peratus daripada produk makanan “organik” yang dihasilkan di China.

Luo Min, seorang pegawai dengan Pusat Pengembangan Makanan Organik China, memberitahu Reuters bahawa “terdapat piawaian yang berbeza dan pelbagai organisasi yang menjalankan pensijilan itu.” Tanpa standard seragam, label “organik” dari China mungkin tidak menandakan kesahihan pengeluaran produk itu sendiri.

5. Terdapat masalah di pihak pentadbiran

Gambar sekadar hiasan. Getty Images | FREDERIC J. BROWN/AFP

New York Times melaporkan bahawa operasi pemeriksaan makanan di China telah menemui sekurang-kurangnya 10 ladang atau kilang yang dikendalikan oleh kerajaan yang “menimbulkan potensi konflik kepentingan.” Bukan itu sahaja, didapati bahawa “tidak jelas” sama ada ladang-ladang ini melanggar piawaian makanan organik atau tidak.

Oleh itu, berdasarkan semua perkara yang dinyatakan di atas, boleh dikatakan terdapatnya kekaburan yang membimbangkan bagi industri penghasilan makanan “organik” dari China.

Jika anda benar-benar gemar memakan makanan organik, maka sebaik-baiknya lakukan penyelidikan sebanyak mungkin dan sentiasa memilih untuk berhati-hati, kerana kesihatan anda bergantung padanya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular